Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.tuh.kan] | منجاتوهکن

Definisi : 1. melemparkan ke bawah, menggugurkan: dgn sengaja dijatuhkannya benda dlm tangannya itu; 2. menurunkan (nilai, harga, dll), memerosotkan: musuh-musuh kita senantiasa cuba ~ nama baik kita; 3. menggagalkan, membubarkan, me­numbangkan: parti-parti pembangkang men­­cuba ~ kerajaan dgn undian tidak percaya; 4. menyebabkan (miskin, melarat, dll); 5. mengenakan: hakim telah ~ hukuman penjara atas pesalah itu; ia memang tidak segan-segan ~ hukuman kpd penyokong-penyokong komunis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.tuh.kan] | منجاتوهکن

Definisi : 1 melemparkan ke bawah; menggugurkan: Dia ~ gelas itu kerana geram. 2 menurunkan (nilai, harga dll): Secara tidak langsung, dialah yg telah ~ perniagaan kedai itu. 3 mengalahkan; menggagalkan; menumbangkan: Dia telah ~ lawannya dlm perlawanan tinju. 4 melakukan atau mengenakan sesuatu sbg hukuman: Tuan hakim telah ~ hukuman gantung ke atas pembunuh itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jatuh (kata kerja)
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan gugur, luruh, runtuh, rurut,

2. Dalam konteks nilai, harga,
bersinonim dengan turun, merosot, berkurangan, susut, surut, menjunam,
Berantonim dengan naik

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, masuk,
Berantonim dengan terbit

4. Dalam konteks kerajaan
bersinonim dengan tumbang, runtuh, bubar, tewas, kalah,

5. Dalam konteks tarikh
bersinonim dengan berbetulan dengan, bersamaan dengan, bertepatan dengan, tepat pada,

Kata Terbitan : menjatuhkan, terjatuh, kejatuhan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
air dropjatuh udaraAeroangkasaTiadaMenjatuhkan sesuatu dari pesawat udara.,Menjatuhkan sesuatu dari pesawat udara.
deployingmengeluarkanAeroangkasaTiadaSatu proses menjatuhkan dan mengembangkan payung terjun di udara.,Penstabil dan permukaan kawalan yang diletakkan di bahagian belakang pesawat udara.,Kadar perubahan sudut ketika membelok yang diukur dalam radian per saat atau darjah per minit.,Satu proses menjatuhkan dan mengembangkan payung terjun di udara.
subversivesubversifSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan menjatuhkan kerajaan yang dilakukan secara sulit dan di luar batasan perlembagaan. Usaha ini dilakukan dari dalam sesebuah negara dan sukar dikesan oleh pemerintah. Tindakan ini dilakukan secara propaganda, menggunakan bantuan kewangan, tindakan pengintipan atau pengumpanan seperti pengedaran dadah. Contohnya, gerakan komunis cuba menjatuhkan kerajaan Malaysia secara subversif melalui penyusupan ke dalam pentadbiran kerajaan pada peringkat awal kemerdekaan dahulu.
bring downmenjatuhkanSukanTiadaTiada
lower the moral or intellectual charactermenjatuhkan watak akhlak atau watak kecerdikanUndang-undangTiadaTiada
smear campaignkempen kotorSains PolitikPolitik PerbandinganKempen yang dilakukan untuk memburukkan pihak tertentu dalam satu persaingan politik untuk menjatuhkan pihak lawan. Kempen ini boleh dibuat dalam bentuk cerita negatif mengenai seseorang itu secara lisan, disebar melalui e-mel, surat layang, ceramah atau percakapan dengan orang ramai. Kempen ini juga melibatkan cerita peribadi, keluarga, ketidakupayaan calon, atau khabar angin yang sukar untuk dibuktikan. Contohnya, cerita negatif mengenai kekayaan keluarga Soeharto sering disebarkan untuk menjatuhkan mereka.
late tackletumbang lewatSukanTiadaPerbuatan menjatuhkan pemain pasukan lawan selepas pemain itu dapat menguasai bola.
low tackletumbang bawahSukanTiadaPerbuatan menjatuhkan pemain lawan yang membawa bola dengan cara memeluk bahagian pinggang ke bawah.
dangerous tackletumbangan bahayaSukanTiadaPerbuatan menjatuhkan pemain lawan yang membawa bola dengan cara yang berbahaya, dan boleh dikenakan tindakan penalti.
early tackletumbangan awalSukanTiadaPerbuatan menjatuhkan pemain pasukan lawan sebelum pemain itu menguasai bola.
123456

Kembali ke atas