Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyem.pa.da.ni] | مڽمڤادني

Definisi : menjadi (garis) sempadan bagi atau kpd, membatasi, memisahkan, men-ceraikan: jalan sempit yg ~ Kampung Kambing dgn bangunan-bangunan pekerja JKR; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyem.pa.da.ni] | مڽمڤادني

Definisi : menjadi atau me­rupakan sempadan pd; membatasi: Benua Amerika Utara disempadani oleh tiga buah lautan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sempadan (kata nama)
1. Bersinonim dengan perbatasan: tapal batas, batas,

2. Bersinonim dengan had: takat, batas, perenggan, aras, sarhad, hudud, enggat, sakat, senggat, takuk, tenggat, perhinggaan, paras, sangkat, ketentuan, garisan.,

3. Bersinonim dengan tepi: sembiran, pinggir, bidang, hasyiah, birai, sering, gigi, lereng, tebing, susur, kembi,
Berantonim dengan tengah

Kata Terbitan : bersempadan, bersempadankan, menyempadani,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NASSAU

Nassau (pend. 135 437) ialah ibu negara dan

bandar terbesar kepulauan Bahamas. Ia

menyempadani sebuah pelabuhan yang baik di

pantai timur laut Pulau New Providence. Untuk

lokasi, lihat Bahamas (peta). Iklim di bandar ini

yang sentiasa panas dan cerah menjadikannya

sebuah pusat tarikan pelancong.

UMUM 
HAK RIPARIAN

Hak riparian ialah hak pemilik tanah yang sah

dari segi undang-undang terhadap hartanya yang

menyempadani atau membentuk dasar sungai

atau anak sungai

UMUM 
DAR ES SALAAM

Dar es Salaam (pend. 870 020) ialah ibu

negara dan bandar terbesar di Tanzania, juga

bandar pelabuhan utama di timur Afrika. Bandar

ini terletak di pantai timur Tanzania yang

menyempadani Lautan India.

UMUM 
ASSAM

Assam ialah negeri di timur laut India, di

kawasan rendah Lembah Brahmaputra. Assam

mempunyai sempadan antarabangsa dengan

Bhutan di sebelah utara dan dengan Bangladesh

di sebelah barat daya. Di sebelah utara dan

timurnya terletak Arunachai Pradesh. Assam

berkongsi sempadan dengan empat buah negeri

bukit-Nagaland dan Manipur ke sebelah timur,

dan Mizoram dan Tripura ke sebelah selatan.

Assam juga mempunyai sempadan yang pendek

dengan Bangladesh di antara Tripura dan

Meghalaya yang menyempadani Assam di

sebelah barat dayanya.

UMUM 

Kembali ke atas