Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.sai.ngan] | ڤرساءيڠن

Definisi : perihal bersaing, perlawanan (utk atas-mengatasi), pertandingan: getah asli sekarang ini sedang menghadapi ~ yg kuat drpd getah tiruan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.sai.ngan] | ڤرساءيڠن

Definisi : perbuatan atau hal bersaing; perlawanan utk atas-mengatasi: Getah asli memang sentiasa mendapat ~ drpd getah tiruan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saing2 (kata nama)
Bersinonim dengan banding, imbang, tanding, tolok, gandingan, tara padanan, lawan;,
Kata Terbitan : sesaing, bersaing, bersaingan, menyaingi, saingan, persaingan, pesaing,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud persaingan monopolistik atau bermonopoli dari segi perniagaan?Mohon berikan persoalan tentang bahasa Melayu agar pihak kami dapat memberikan jawapan yang diperlukan.Lain-lain19.11.2021
Tuan/ Puan Saya ingin bertanya adakah "competitive" boleh juga diterjemahkan sebagai persaingan? Terima kasihDalam bidang peristilahan competitive diterjemahkan kepada saing, saingan dan persaingan mengikut konteks penggunaannya. Untuk maklumat lanjut, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=competitive.Istilah20.07.2015
Saya ingin mendapatkan maklumat bagi perkara berikut iaitu fungsi dan skop bahagian penerbitan DBP, kadar bayaran bagi penulis/penterjemah, persaingan dan pemasaran bahan terbitan DBP, kos cetakan jualan dan diskaun, ganjaran kepada penulis dan kakitangan, kekuatan organisasi dan jumlah kakitangan bahagian penerbitan DBP, persaingan dalam pemasaran dan kemudahan peralatan percetakan. Maklumat ini adalah untuk perkongsian ilmu bagi dimanafaatkan bagi bahagian penerbitan JAKIM

Untuk maklumat lanjut tentang tatacara  Penerbitan manuskrip di DBP, tuan boleh menghubungi Pengarah Jabatan Penerbitan DBP iaitu Tuan Haji Abd. Khalik bin Sulaiman melalui talian 03-2147 9393, e-mel khalik@dbp.gov.my atau terus ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 19, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Lain-lain20.07.2017
1. ________________ pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sekitar pekerjaan. A. kesesakan B.keramaian C. kepadatan C. kebanjiran 2. 1. Muka adik hitam terkena dakwat pencetak komputer. ii. "Buku rujukan itu tidak ada muka surat dua puluh lima ,"kata Azli. iii. kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh pada hari muka. iv. Leman bercermin di muka tingkap biliknya sebelum pergi sekolah. Mana ayat yang betul. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil __________ A. buah fikiran B. buah kalam. Perkataan seerti bagi dangkal A. cetek B. dalam C. susut D. surut 1. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu, A. terlucut B. tercabut c. terbuka D. terputus1. Kebanjiran pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sektor pekerjaan. 
2. Ayat IV betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut
3. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil buah fikiran ....
4. Dangkal sama maksudnya dengan cetek. 
5. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu tercabut.
Tatabahasa01.05.2012
Bolehkah perkataan "mampan" digunakan selain dari ekonomi dan pembangunan, sebagai cth kemahiran yg mampan, pengetahuan yg mampan, pendidikan yg mampan, prestasi yg mampan, persaingan yg mampanMampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yg baik (bkn ekonomi, pembangunan dsb). Mampan juga boleh dikaitkan dgn pengetahuan, pendidikan tetapi tidak dgn perkataan prestasi dan persaingan.Tatabahasa17.08.2007
Adakah 'competitive advantage' boleh diterjemahkan kpd 'Kelebihan Persaingan' atau ada yang lebih tepat? Maksud competitive advantage dari sudut ekononi ialah 'a condition or circumstance that puts a company in a favourable or superior business position'.

Maksud competitive advantage ialah kelebihan saingan yang bermaksud kelebihan sesuatu syarikat untuk bersaing dalam pasaran suatu industri. Sinonim:competitive edge

Makna20.05.2020
Saya ingin menanya samada perkataan ini dieja dengan betul "kompetatif'. Terima kasihEjaan yang betul ialah bersifat persaingan, cenderung atau suka bersaing.Ejaan09.04.2009
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Bau yang (hangat) itu menyesakkan pernafasan saya. (b) Kita susah untuk (membalas) dalam hidup yang penuh dengan persaingan itu. (c) Saya akan (membalas) kerja yang dipesan oleh ibu bapa. (d) Orang itu mengamuk kerana (dihantui) penyakit jiwa. (e) Kuman ialah sejenis hidupan yang (rendah) yang susah dikesan. (f) Rancangan kartun itu (rendah) dan amat disukai kanak-kanak. (g) Diana (mengadukan) kepalanya kerana malu. (h) Abang selalu (sabit) wang daripada ibu.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
Salam, boleh tolong terjemahkan perkataan yang berikut "Sustainable competitive advantage"Tuan/puan, untuk terjemahkan yang betul sila kemukakan kepada Persatuan Penterjemah Negara atau Institut Terjemahan Negara. Walau bagaimanapun, kami mencadangan perkataan "Kelestarian Persaingan Saling Teraju".Tatabahasa27.03.2014
apakah maksud produktif dan kompetitif dalam maksud yang tepatProduktif bermaksud 1. berupaya atau boleh mengeluarkan hasil yg banyak; 2. mencapai banyak hasil, berhasil; 3. berupaya membiak, melahirkan anak atau menyebabkan kelahiran, subur. Kompetitif pula bermaksud bersifat persaingan, cenderung atau suka bersaing.Makna18.04.2007
123

Kembali ke atas