Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.dar] | ڤودر

Definisi : 1. kurang cahayanya, tidak terang atau cerah, tidak berseri-seri, suram: bulan yg ~; cahaya lampu yg ~; 2. tidak berapa terang, kabur (gambar dll), pucat (warna), tidak ber­seri-seri, luyu, ruyup (mata): bajunya ~; kian lama matanya kian ~; pucat ~ pucat sekali; 3. tidak bersemangat lagi, tidak aktif lagi (per­gerakan dll), agak kecewa (harapan dll), agak kendur atau tidak keras lagi (ajaran agama dll), tidak begitu manjur (kesakitan dll): keaktifan persatuan mereka mulai ~; harapannya turut ~ agak kecewa; semangatnya sudah ~ tidak bersemangat lagi; memudar menjadi pudar, menjadi tidak atau kurang cerah (berseri-seri, bersemangat, dsb); memudarkan menjadikan (menyebabkan) pudar, menjadikan tidak atau kurang cerah (berseri-seri, bersemangat, dll), menyuramkan: kestabilan negara akan terancam, dan akan ~ matlamat wawasan 2020; kepudaran keadaan atau hal pudar: biru ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.dar] | ڤودر

Definisi : 1 tidak berapa terang cahayanya; suram: bulan yg ~. 2 tidak cerah lagi (bkn warna kain dll); agak kabur: Gambar ini ~ benar. 3 ki tidak berseri (bkn senyuman dsb); tidak bersemangat (bkn harapan dsb): Wajahnya telah ~. memudarkan menyebabkan jadi pudar. kepudaran keadaan atau hal pudar; kekaburan; kekelaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dua permukaan yang tidak serupa dari segi tekstur dan warna. Permukaan yang semuka dengan dawai fourdrinier mungkin lebih jelas dan lebih kasar daripada biasa atau mungkin mempunyai warna yang lebih pudar berbanding permukaan di atas. (HUT) two-way action (tindakan dua hala) Pelenturan ke atas papak atau gelegar yang tegasan lenturnya hampir sama mengikut dua arah utama dalam struktur. (KEJ) twitch

Kembali ke atas