Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.dar] | ڤودر

Definisi : 1. kurang cahayanya, tidak terang atau cerah, tidak berseri-seri, suram: bulan yg ~; cahaya lampu yg ~; 2. tidak berapa terang, kabur (gambar dll), pucat (warna), tidak ber­seri-seri, luyu, ruyup (mata): bajunya ~; kian lama matanya kian ~; pucat ~ pucat sekali; 3. tidak bersemangat lagi, tidak aktif lagi (per­gerakan dll), agak kecewa (harapan dll), agak kendur atau tidak keras lagi (ajaran agama dll), tidak begitu manjur (kesakitan dll): keaktifan persatuan mereka mulai ~; harapannya turut ~ agak kecewa; semangatnya sudah ~ tidak bersemangat lagi; memudar menjadi pudar, menjadi tidak atau kurang cerah (berseri-seri, bersemangat, dsb); memudarkan menjadikan (menyebabkan) pudar, menjadikan tidak atau kurang cerah (berseri-seri, bersemangat, dll), menyuramkan: kestabilan negara akan terancam, dan akan ~ matlamat wawasan 2020; kepudaran keadaan atau hal pudar: biru ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.dar] | ڤودر

Definisi : 1 tidak berapa terang cahayanya; suram: bulan yg ~. 2 tidak cerah lagi (bkn warna kain dll); agak kabur: Gambar ini ~ benar. 3 ki tidak berseri (bkn senyuman dsb); tidak bersemangat (bkn harapan dsb): Wajahnya telah ~. memudarkan menyebabkan jadi pudar. kepudaran keadaan atau hal pudar; kekaburan; kekelaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fadedpudarPerpustakaanTiadaTiada
fadingpudarKesenianHiasan DalamanKehilangan warna pada sesuatu benda (objek). Kepudaran ini disebabkan oleh kesan radiasi aktinik, seperti sinar matahari, cahaya elektrik dan gas atmosfera, seperti ozon, oksid nitrik, hidrogen sulfik, serta bahan cucian kimia, seperti sodium hipoklorit, produk isi rumah, dan produk industri.
fadeluntur; pudarFizikTiadaTiada
brake fadepudar brekKejuruteraanTiadaTiada
cross fadepudar silangKejuruteraanTiadaTiada
fadeluntur; pudarPertanianTiadaTiada
fadeluntur; pudarPerubatanTiadaTiada
fadeluntur; pudarKejuruteraanTiadaHilang kecerahan atau kejelasan; menjadi tidak jelas.
fade greypudar ke kelabuKejuruteraanTiadaTiada
fade whitepudar ke putihKejuruteraanTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas