Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.pa.dan] | سمڤادن

Definisi : 1. batas (negeri, daerah, kampung, dll), perbatasan: pertempuran berlaku di ~ Thai-Malaysia; 2. tanda garisan, (pancang dll) perbatasan atau batas; 3. (Mat) salah satu garisan lurus yg membatasi sesuatu rajah (segi tiga, segi empat, dll): rajah segi tiga ada tiga ~ dan tiga sudut; 4. ki had, takat: ia kasih kpd anaknya, tetapi kasihnya itu ada ~nya; bersempadan = ~ dgn berbatas dgn (sesuatu kawasan, daerah, dll): negeri-negeri yg ~ dgn Lautan Atlantik; bersempadankan mempunyai (sesuatu) sbg sempadan: kawasan tersebut merupakan kawasan hutan simpan dan ~ ladang getah; menyempadani menjadi (garis) sempadan bagi atau kpd, membatasi, memisahkan, men-ceraikan: jalan sempit yg ~ Kampung Kambing dgn bangunan-bangunan pekerja JKR; persempadanan hal yg berkaitan dgn sem-padan (spt penentuan sempadan dll): sengketa ini jelas membayangkan bahawa sebaha-gian besar masalah ~ antarabangsa khasnya di rantau ini belum lagi dapat diatasi sepenuhnya; ~ bahagian pilihan raya (Udg) perubahan yg dibuat dlm pembahagian kawasan persekutuan dan negeri kpd bahagian pilihan raya selepas kajian semula dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan syor yg dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya supaya diubah mana-mana bahagian pilihan raya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.pa.dan] | سمڤادن

Definisi : 1 sesuatu yg menjadi tanda pemisah di antara sesuatu kawasan dgn kawasan lain; tanda yg menunjukkan had sesuatu kawasan; batas: Aji Saka dan dua orang pengiringnya sampailah ke Gunung Kidul di ~ negeri Medang Kawulan. 2 had atau takat bagi sesuatu (perasaan dsb): Kasih seseorang ayah kpd anaknya ada ~nya. 3 garis lurus yg membatasi sesuatu rajah, spt pd rajah segi tiga atau segi empat; sisi. ~ bersebelahan dua sempadan yg membentuk satu sudut. bersempa­d­an ada sempadannya; berbatas. ber­­­sem­padankan mempunyai sesuatu sbg sempadan; berbataskan. menyempadani menjadi atau me­rupakan sempadan pd; membatasi: Benua Amerika Utara disempadani oleh tiga buah lautan. persempadanan perihal atau yg berkaitan dgn sempadan (penentuan sempadan dll): Sengketa ini jelas memba­yangkan bahawa sebahagian besar masalah ~ antarabangsa belum lagi dpt di­atasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sempadan (kata nama)
1. Bersinonim dengan perbatasan: tapal batas, batas,

2. Bersinonim dengan had: takat, batas, perenggan, aras, sarhad, hudud, enggat, sakat, senggat, takuk, tenggat, perhinggaan, paras, sangkat, ketentuan, garisan.,

3. Bersinonim dengan tepi: sembiran, pinggir, bidang, hasyiah, birai, sering, gigi, lereng, tebing, susur, kembi,
Berantonim dengan tengah

Kata Terbitan : bersempadan, bersempadankan, menyempadani,

Puisi
 

Limau lelang tengah sempadan,
     Petik orang bawa ke hulu;
Rimau menderam tengah hutan,
     Monyet siamang gemangkan bulu.


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
frontiern 1. border, sempadan, perbatasan: they were stopped at the Russian ~, mereka ditahan di sempadan Rusia; ~ town, bandar perbatasan; 2. (often in pl) sempadan: the ~s of medicine are being constantly extended, sempadan ilmu perubatan sentiasa diganjakkan ke depan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
boundaryn sempadan; (of knowledge) batas: the stream forms a ~ between his land and mine, sungai itu menjadi sempadan di antara tanahnya dgn tanah saya; ~ line, garis sempadan; beyond the ~ of human knowledge, di luar batas pengetahuan manusia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
line 1 4. (US) border, sempadan: the state ~ is only a few miles down the road, sempadan negeri itu hanya beberapa batu dr jalan itu; 5. (in sport) boundary, garisan: he was the first to cross the finishing ~, dialah yg pertama melepasi garisan penamat; the shuttlecock fell clearly outside the ~, bulu tangkis itu jelas jatuh di luar garisan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
line 1 4. (US) border, sempadan: the state ~ is only a few miles down the road, sempadan negeri itu hanya beberapa batu dr jalan itu; 5. (in sport) boundary, garisan: he was the first to cross the finishing ~, dialah yg pertama melepasi garisan penamat; the shuttlecock fell clearly outside the ~, bulu tangkis itu jelas jatuh di luar garisan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
terminal3. marking outer border or limit, tanda sempadan: the surveyor placed ~ markers around the site, juruukur meletakkan tanda sempadan di sekelling kawasan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
perimetern 1. boundary of area, space, etc, sempadan: armed guards patrol the ~ of the nuclear station, pengawal bersenjata berkawal di sempadan stesen nuklear itu; 2. measurement of edge of geometrical shape, perimeter.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bound3n 1. (usu in pl) limit of territory, sempadan: buildings within the ~s of the university, bangunan-bangunan dlm sempadan universiti; 2. limit or restraint, batas, batasan: it goes beyond the ~s of probability, itu melampaui batasan kemungkinan; ~s of modesty, batasan kesantunan; 3. (math) batas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bordern 1. edge, part near it, tepi, pinggir: on the ~s of the lake, di tepi tasik; 2. boundary, sempadan: the mountains on the ~ of Italy and Austria, gunung-gunung di sempadan Itali dan Austria; 3. region that lies along boundary line, sempadan, perbatasan; 4. ornamental design around, a. (printed page) birai hias; b. (dinner plate) tepi; c. (fabric, garment, shawl, rug, etc) sibar-sibar: the handkerchief had a lace ~, sapu tangan itu mempunyai sibar-sibar renda; 5. long narrow garden bed along edge of garden, path, etc, batas: a ~ of rose bushes along the driveway, sebatas pokok mawar di sepanjang jalan kereta itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
borderlinen sempadan, batas; be on the ~ between... and..., (fig.) antara... dgn...: his results show he is on the ~ between passing and failing, keputusannya menunjukkan bahawa dia berada antara lulus dgn gagal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
repartitionvt memecahkan semula sempadan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678

Kembali ke atas