Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.pa.dan] | سمڤادن

Definisi : 1. batas (negeri, daerah, kampung, dll), perbatasan: pertempuran berlaku di ~ Thai-Malaysia; 2. tanda garisan, (pancang dll) perbatasan atau batas; 3. (Mat) salah satu garisan lurus yg membatasi sesuatu rajah (segi tiga, segi empat, dll): rajah segi tiga ada tiga ~ dan tiga sudut; 4. ki had, takat: ia kasih kpd anaknya, tetapi kasihnya itu ada ~nya; bersempadan = ~ dgn berbatas dgn (sesuatu kawasan, daerah, dll): negeri-negeri yg ~ dgn Lautan Atlantik; bersempadankan mempunyai (sesuatu) sbg sempadan: kawasan tersebut merupakan kawasan hutan simpan dan ~ ladang getah; menyempadani menjadi (garis) sempadan bagi atau kpd, membatasi, memisahkan, men-ceraikan: jalan sempit yg ~ Kampung Kambing dgn bangunan-bangunan pekerja JKR; persempadanan hal yg berkaitan dgn sem-padan (spt penentuan sempadan dll): sengketa ini jelas membayangkan bahawa sebaha-gian besar masalah ~ antarabangsa khasnya di rantau ini belum lagi dapat diatasi sepenuhnya; ~ bahagian pilihan raya (Udg) perubahan yg dibuat dlm pembahagian kawasan persekutuan dan negeri kpd bahagian pilihan raya selepas kajian semula dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan syor yg dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya supaya diubah mana-mana bahagian pilihan raya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.pa.dan] | سمڤادن

Definisi : 1 sesuatu yg menjadi tanda pemisah di antara sesuatu kawasan dgn kawasan lain; tanda yg menunjukkan had sesuatu kawasan; batas: Aji Saka dan dua orang pengiringnya sampailah ke Gunung Kidul di ~ negeri Medang Kawulan. 2 had atau takat bagi sesuatu (perasaan dsb): Kasih seseorang ayah kpd anaknya ada ~nya. 3 garis lurus yg membatasi sesuatu rajah, spt pd rajah segi tiga atau segi empat; sisi. ~ bersebelahan dua sempadan yg membentuk satu sudut. bersempa­d­an ada sempadannya; berbatas. ber­­­sem­padankan mempunyai sesuatu sbg sempadan; berbataskan. menyempadani menjadi atau me­rupakan sempadan pd; membatasi: Benua Amerika Utara disempadani oleh tiga buah lautan. persempadanan perihal atau yg berkaitan dgn sempadan (penentuan sempadan dll): Sengketa ini jelas memba­yangkan bahawa sebahagian besar masalah ~ antarabangsa belum lagi dpt di­atasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sempadan (kata nama)
1. Bersinonim dengan perbatasan: tapal batas, batas,

2. Bersinonim dengan had: takat, batas, perenggan, aras, sarhad, hudud, enggat, sakat, senggat, takuk, tenggat, perhinggaan, paras, sangkat, ketentuan, garisan.,

3. Bersinonim dengan tepi: sembiran, pinggir, bidang, hasyiah, birai, sering, gigi, lereng, tebing, susur, kembi,
Berantonim dengan tengah

Kata Terbitan : bersempadan, bersempadankan, menyempadani,

Puisi
 

Limau lelang tengah sempadan,
     Petik orang bawa ke hulu;
Rimau menderam tengah hutan,
     Monyet siamang gemangkan bulu.


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
teorem Pythagorasteorem yg menyatakan bahawa pd segi tiga yg bersudut tepat luas segi empat sama pd garisan sendengnya sama dgn jumlah luas segi empat sama pd sempadan-sempadan sudut tepat itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
garis roigaris sempadan jalan, sempadan tempat boleh atau tidak boleh didirikan rumah dll di atas sebidang tanah.Kamus Dewan Edisi Keempat
roiId; garis ~ garis sempadan jalan, sempadan tempat boleh atau tidak boleh didirikan rumah dll di atas sebidang tanah.Kamus Dewan Edisi Keempat
persempadananperihal atau yg berkaitan dgn sempadan (penentuan sempadan dll): Sengketa ini jelas memba­yangkan bahawa sebahagian besar masalah ~ antarabangsa belum lagi dpt di­atasi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sempadan bersebelahandua sempadan yg membentuk satu sudut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
perbatasansempadan (sesuatu kawasan), daerah, sempadan: pasukan itu bergerak di daerah Gunung Sempah dekat ~ Pahang-selangor;Kamus Dewan Edisi Keempat
sempadanbersempadankan mempunyai sesuatu sbg sempadan; berbataskan. menyempadani menjadi atau merupakan sempadan pd; membatasi: Benua AmerikaKamus Pelajar
trapezium/trapézium/ (bentuk) segi empat yg mempunyai dua sempadan yg selari dan sempadan ini tidak sama panjang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
trapezium /trapézium/(bentuk) segi empat yg mempunyai dua sempadan yg selari dan sempadan ini tidak sama panjang.Kamus Pelajar
perenggan1 had atau peringkat yg terakhir bagi sesuatu; sempadan; batas: ~ negeri sempadan negeri. 2 bahagian drpd sesuatu karangan yg terdiri drpd beberapa baris; penggal: Syarat-syarat yg diperlukan itu ada dinyatakan dlm ~ kedua, bab pertama.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas