Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ja.tuh] | ترجاتوه

Definisi : jatuh dgn tiba-tiba (tidak sengaja); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ja.tuh] | ترجاتوه

Definisi : jatuh dgn tiba-tiba: Kuihnya ~ kerana ia terperanjat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jatuh (kata kerja)
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan gugur, luruh, runtuh, rurut,

2. Dalam konteks nilai, harga,
bersinonim dengan turun, merosot, berkurangan, susut, surut, menjunam,
Berantonim dengan naik

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, masuk,
Berantonim dengan terbit

4. Dalam konteks kerajaan
bersinonim dengan tumbang, runtuh, bubar, tewas, kalah,

5. Dalam konteks tarikh
bersinonim dengan berbetulan dengan, bersamaan dengan, bertepatan dengan, tepat pada,

Kata Terbitan : menjatuhkan, terjatuh, kejatuhan,

Puisi
 

Tukul sumbing pecah berjalan,
     Pecah terantuk tebik terjatuh;
Niat di hati menjolok bulan,
     Bulan dijolok bintang yang jatuh.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sepandai-pandai tupai melompat,
     sekali gawal (= terjatuh) juga.

Bermaksud :

Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belut kena ranjau [= getah], b. Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat, c. Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga). gawal = berbuat kesalahan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
balek pucong[bA.le/ pu.tSoN] berkenaan seseorang yang terjatuh dengan keadaan kepala di bawah.Pak Mat jatoh balek pucong dari pokok langsat.[pA/ mAt dZA.toh bA.le/ pu.tSoN dA.Äi p.k/ lAN.sAt]Pak Mat jatuh balik pucong dari pokok langsat.
kebat[k«.bAt]kata namabatas untuk mengepung ikan biasanya di dalam sawah dan bersifat sementara.Jangan pijok kebat tu, kang jatoh.[dZA.NAn pi.dZ/ k«.bAt tu kAN dZA.toh]Jangan pijak batas tu, nanti terjatuh.
berambi[b«.ÄAm.bi]kata adjektifberkenaan melakukan sesuatu pekerjaan dengan berhati-hati dan tidak gopoh.Berambi sikit nek basiko tu, jangan sampai jatoh.[b«.ÄAm.bi si.kit ne/ bA.si.k tu dZA.NAn sAm.pAj dZA.toh]Berhati-hati menunggang basikal tu, jangan sampai terjatuh.

Kembali ke atas