Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.bang] | تومبڠ

Definisi : 1. jatuh (benda yg tegak), rebah: pokok getah yg telah tua itu ~ sebatang demi sebatang; 2. ki jatuh atau runtuh (kerajaan, negara, dll): Port Arthur ~ pd hari terakhir tahun 1904; 3. ki disembelih (binatang spt kerbau, lembu, dll): dua ekor lembu jantan ~ dan berpuluh-puluh ekor ayam lagi meng­ikutinya; ~ harapan putus harapan; menumbangkan 1. menjadikan tumbang (pokok yg besar-besar dll), meruntuhkan, merobohkan: pokok yg akarnya tidak kuat, mudah sahaja ditumbangkan oleh ribut; 2. ki menjadikan runtuh atau roboh (kerajaan, negara, dll), menghancurkan, memusnahkan: pelajar-pelajar yg pd mulanya mengikut saja apa kata pemerintahnya akhirnya melawan balik ~ kerajaan; berbagai-bagai cara musuh-musuhnya mencari jalan utk ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.bang] | تومبڠ

Definisi : Mn = ~ keladi (pisang, ubi) sj makanan drpd keladi (pisang, ubi) yg ditum­buk halus-halus dan digaul dgn gula dan kelapa parut; menumbang membuat tumbang (keladi, pisang, ubi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.bang] | تومبڠ

Definisi : 1 jatuh (ttg benda tegak); rebah. Pokok pisang itu ~ ditiup angin. 2 jatuh atau runtuh (ttg kerajaan dll). menumbangkan 1 menjadikan tumbang atau rebah; merebahkan. 2 me­robohkan sesuatu kerajaan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumbang (kata kerja)
Bersinonim dengan jatuh, rebah, runtuh, roboh, gugur, luruh, tergolek, terbaring, tertiarap, tersungkur, terbalik, rontok, rampak;,
Kata Terbitan : menumbangkan,

Puisi
 

Kalau ke sini tumbang keranji,
     Habislah ranap pokok pinang;
Kalau begini rupanya janji,
     Bilalah cakap boleh dipegang.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Kayu yang tumbang itu,
     kura-kura pun hendak memanjatnya.

Bermaksud :

Apabila orang besar-besar hilang kebesarannya maka orang kecil pun berani mencercanya. (Bandingkan dengan: Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gunpenembak; arah tumbang; alat arah tumbangPerhutananTiadaTiada
front tackletumbang depanSukanTiada1. Tumbang depan: Perbuatan menjatuhkan pemain lawan yang membawa bola dari arah hadapan. Sinonim : head on tackle
down treepohon tumbangPerhutananPengurusan Hutanlih. pokok tumbang.
knocked down hurdlepagar tumbangSukanTiadaPagar lompat yang tumbang semasa acara lari berpagar.
down treepokok tumbangPerhutananTiadaPokok atau dirian pokok yang tidak berada pada kedudukan asalnya, sama ada akibat ditebang atau akibat faktor persekitaran seperti ribut. Pohon tumbang.
down treepokok tumbangPerhutananPengurusan HutanPokok atau dirian pokok yang tidak berada pada kedudukan asalnya, sama ada akibat ditebang atau akibat faktor persekitaran seperti ribut. Pohon tumbang.
downtreepokok tumbangPerhutananTiadaTiada
late tackletumbang lewatSukanTiadaPerbuatan menjatuhkan pemain pasukan lawan selepas pemain itu dapat menguasai bola.
low tackletumbang bawahSukanTiadaPerbuatan menjatuhkan pemain lawan yang membawa bola dengan cara memeluk bahagian pinggang ke bawah.
side tackletumbang sisiSukanTiadaPerbuatan menjatuhkan pemain lawan yang membawa bola dari arah sisi, sama ada sisi kiri atau kanan.
123

Kembali ke atas