| bertegar | berkeras (berdegil dll), berkeras hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berkeras | tidak mahu mengalah atau tidak mahu bertolak ansur; tidak berganjak dr pendiriannya: Dia ~ tidak mahu mengikut suaminya berpindah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| berkeras-kerasan | sama-sama enggan berlemah lembut atau bertolak ansur (dlm pertengkaran, perkelahian, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berkeras kepala | keras kepala; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berkeras hidung | keras hidung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berkeras hati | keras hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berkeras batang leher | keras batang leher; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berkeras | 1. tidak berganjak drpd pendirian (kemahuan dsb), tidak mahu mengalah (bertolak ansur), mengotot: kalau ia ~ tidak mahu menjual tanahnya kita tidak boleh buat apa-apa; ia ~ tidak mahu mengikut suaminya berpindah; 2. bertindak (bersikap) keras: kalau awak hendak berkasar dan ~ kelak keselamatan awak akan binasa; ~ batang leher keras batang leher; ~ hati keras hati; ~ hidung keras hidung; ~ kepala keras kepala; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berkeras | tidak mahu mengalah atau tidak mahu bertolak ansur; tidak berganjak dr pendiriannya:Dia ~ tidak mahu mengikut suaminya berpindah. | Kamus Pelajar |
| tegar I | 1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras; bertegar berkeras (berdegil dll), berkeras hati; menegarkan menjadikan (menyebabkan) tegar, mengeraskan; ketegaran kekerasan hati, kedegilan: kegagalan dan kelambatan mencapai perdamaian selalu dikaitkan dgn ~ kerajaan Barat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |