Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ta.ma] | ڤرتام

Definisi : akronim bagi Persatuan Wartawan Wanita Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ta.ma] | ڤرتام

Definisi : 1. (yg) kesatu: penuntut tahun ~ dan tahun kedua mempelajari ilmu itu secara umum manakala penuntut tahun ketiga mempelajarinya secara mendalam; 2. = ~ kali mula-mula sekali, julung kali, terdahulu sekali: inilah tunjuk perasaan antikerajaan yg ~ diadakan di negeri itu sejak kemerdekaannya; inilah ~ kali seniwati itu berlakon sbg seorang perempuan tua; 3. terutama, terpenting: kewajibankau yg ~ ialah menjayakan perusahaan yg baru dijalankan ini; pertama-tama yg pertama sekali, yg mula­mula (terdahulu) sekali: candu itu ~ haram menurut agama Islam dan kedua membinasakan badan; dipertamakan didahulukan, dipentingkan, diutamakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ta.ma] | ڤرتام

Definisi : 1 lebih dahulu drpd yg lain mengikut urutan atau susunannya; yg paling awal: Jilid ~ buku itu sudah habis dijual. 2 yg mula-mula sekali; tidak ada yg lebih awal drpd itu; terdahulu sekali: Inilah kali ~ saya datang ke sini. 3 yg tertinggi peringkatnya; terutama; terpenting: sijil kelas ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pertama (kata tugas)
1. Dalam konteks kedudukan
bersinonim dengan julung, yang mula sekali, julung kali, awal-awalnya, asal-asalnya,
Berantonim dengan akhir

2. Bersinonim dengan terutama: terpenting, paling penting, paling utama,

Kata Terbitan : pertama-tama,

Puisi
 

Nanas halwa pisang salai,
     Hidangan kali pertama dara;
Hasrat kecewa cinta terkulai,
     Ingatan mesra tetap ada.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Pandang-pandang orang dijadikan ganti tubuh;
     pertama tegak,
kedua roboh.

Bermaksud :

Orang yang akan dijadikan wakil dalam sesuatu perkara hendaklah dipilih dengan saksama, kerana kalau orang itu baik dan setia, selamatlah, tetapi kalau orang itu jahat dan tidak jujur, binasalah.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
first~ and foremost, pertama-tama, pertama sekali: he is ~ and foremost a poet, pertama sekali, dia pensyair; ~ and last, (fml) in every way, dr /segala, semua/ segi: my grand-father was ~ and last a Victorian patriarch, datuk saya, dr segala segi, ialah patriark zaman Victoria; ~ come, ~ served, siapa dulu dia dapat, tiba dahulu layan dahulu; ~ of all, a. before anything else, mula-mula, pertama sekali, terlebih /dahulu, dulu/; (fml) pertama-tama: ~ of all switch on the machine, mula-mula, hidupkan mesin;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
firstn & pron 1. a. (ref to person) orang (yg) pertama, yg pertama: was he the ~ to know?, diakah orang pertama yg tahu?; she was the ~ in her family to go to university, dia yg pertama dlm keluarganya yg memasuki universiti; b. (ref to other than person) yg pertama, [approp n + (yg) pertama]: the ~ of several newspapers published in the city, yg pertama antara beberapa akhbar yg diterbitkan di bandar itu; Hogarth’s new film – his ~ since the “The Red Slippers” – is attracting the crowds, filem Hogarth yg baru – filemnya yg pertama sejak “The Red Slippers” – menarik penonton yg ramai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
firstb. most importantly, pertama-tama, pertama sekali: he’s appeared in several films but ~ of all he’s a stage actor, dia muncul dlm beberapa filem tetapi pertama-tama, dia ialah pelakon pentas; c. initially, mula-mula: ~ of all I didn’t suspect anything, but as time went on I began to get worried, mula-mula saya tdk mengesyaki apa-apa tentangnya tetapi lama kelamaan saya mula bimbang; ~ off, mula-mula: ~ off I want to know what you want to spend it on, mula-mula saya hendak tahu kamu hendak membeli apa dengannya; at ~, mula-mula: at ~ I didn’t like durian but now I do, mula-mula saya tdk suka akan durian tetapi sekarang saya suka; last in, ~ out, masuk kemudian keluar dulu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
firstadj 1. preceding others in time or order, pertama; (of child in family) sulung, pertama; (of wife in polygamous marriage) pertama, tua: today is the ~ day of the month, hari ini hari pertama dlm bulan ini; their ~ child was a boy, anak sulung mereka lelaki; his ~ house, rumahnya yg pertama or rumah pertamanya; Charles the F~, Charles Pertama; the ~ time, pertama kali(nya), kali (yg) pertama: he succeeded the ~ time he tried, dia berjaya pertama kali dicubanya; the ~ of June, June the ~, satu hari bulan Jun, satu Jun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
firstadv 1. before others, (yg) pertama: George recovered ~, Georgelah yg pertama sembuh; 2. before doing something else, (at beginning of sentence) pertama, lebih /dahulu, dulu/; (elsewhere in sentence), (lebih) /dahulu, dulu/: ~, I would like to discuss Safiah’s proposal, lebih dahulu saya ingin membincangkan syor Safiah; ~ you must renew your passport and then you must apply for a visa, pertama, encik mesti membarui pasport encik dan kemudian encik mesti memohon visa; I want to go to France next month but I’ll have to apply for a visa ~, saya ingin ke negeri Perancis bulan hadapan tetapi saya mesti memohon visa dahulu; let me finish my cigarette ~ and then we can go, biar saya habiskan rokok ini dulu dan selepas itu kita pergi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
first basen 1. (baseball) tapak pertama; 2. first stage, peringkat pertama: the project didn’t even reach ~, projek itu tdk sampai pd peringkat pertama pun.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
firstat ~ sight the village appeared quite normal, sekali pandang, kampung itu kelihatan spt biasa; b. at first meeting, pd pandangan pertama: I disliked him at ~ sight, saya membencinya pd pandangan pertama; they fell in love at ~ sight, mereka jatuh cinta pd pandangan pertama; love at ~ sight, cinta pandang pertama; come ~, a. also come in ~, win the race, mendapat tempat pertama; (colloq) mendapat nombor satu: the Australian yacht came in ~, kapal layar Australia mendapat tempat pertama; b. receive priority, didahulukan, diutamakan: with him money always comes ~, bagi dia, wang selalu diutamakan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
first3. (when enumerating points etc) firstly, pertama(-tama): I have several reasons for resigning. F~ I need a change, saya mempunyai beberapa sebab utk meletakkan jawatan. Pertama, saya mahu bertukar angin; 4. for the first time, pertama kali(nya): this book was ~ published in 1923, buku ini pertama kalinya diterbitkan dalam tahun 1923; 5. at the beginning, mula-mula(nya): when we ~ arrived in Tokyo, we couldn’t speak a word of Japanese, semasa kami mula-mula tiba di Tokyo, kami tdk tahu sepatah pun kata bahasa Jepun; 6. in preference, (lebih) baik, biar: I’ll never help her again: I’ll die ~, saya tdk mahu menolongnya lagi: lebih baik saya mati;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
first-everadj pertama: the ~ Visit Malaysia Year, Tahun Melawat Malaysia yg pertama.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
first~ thing, (colloq) pertama sekali; (early in the morning) pagi-pagi: l’ll ring you ~ thing tomorrow, pertama sekali esok, saya akan telefon kamu; ~ things ~, yg dahulu didahulukan, yg dulu didulukan; at ~ glance, see at ~ sight (sense a.); at ~ hand, a. directly, (secara) langsung: I heard the news from Cyril at ~ hand, saya mendengar berita itu langsung drpd Cyril; b. through own experience, drpd pengalaman [sso] sendiri: he knew at ~ hand what it was like to be one of Hitler’s victims, drpd pengalamannya sendiri, dia tahu bagaimana rasanya menjadi mangsa Hitler; at ~ light, pd waktu /subuh, dinihari/; at ~ sight, a. when first seen, /sekali, sekilas, selayang/ pandang, sepintas lalu:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas