Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ta.ma] | ڤرتام

Definisi : akronim bagi Persatuan Wartawan Wanita Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ta.ma] | ڤرتام

Definisi : 1. (yg) kesatu: penuntut tahun ~ dan tahun kedua mempelajari ilmu itu secara umum manakala penuntut tahun ketiga mempelajarinya secara mendalam; 2. = ~ kali mula-mula sekali, julung kali, terdahulu sekali: inilah tunjuk perasaan antikerajaan yg ~ diadakan di negeri itu sejak kemerdekaannya; inilah ~ kali seniwati itu berlakon sbg seorang perempuan tua; 3. terutama, terpenting: kewajibankau yg ~ ialah menjayakan perusahaan yg baru dijalankan ini; pertama-tama yg pertama sekali, yg mula­mula (terdahulu) sekali: candu itu ~ haram menurut agama Islam dan kedua membinasakan badan; dipertamakan didahulukan, dipentingkan, diutamakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ta.ma] | ڤرتام

Definisi : 1 lebih dahulu drpd yg lain mengikut urutan atau susunannya; yg paling awal: Jilid ~ buku itu sudah habis dijual. 2 yg mula-mula sekali; tidak ada yg lebih awal drpd itu; terdahulu sekali: Inilah kali ~ saya datang ke sini. 3 yg tertinggi peringkatnya; terutama; terpenting: sijil kelas ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pertama (kata tugas)
1. Dalam konteks kedudukan
bersinonim dengan julung, yang mula sekali, julung kali, awal-awalnya, asal-asalnya,
Berantonim dengan akhir

2. Bersinonim dengan terutama: terpenting, paling penting, paling utama,

Kata Terbitan : pertama-tama,

Puisi
 

Nanas halwa pisang salai,
     Hidangan kali pertama dara;
Hasrat kecewa cinta terkulai,
     Ingatan mesra tetap ada.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Pandang-pandang orang dijadikan ganti tubuh;
     pertama tegak,
kedua roboh.

Bermaksud :

Orang yang akan dijadikan wakil dalam sesuatu perkara hendaklah dipilih dengan saksama, kerana kalau orang itu baik dan setia, selamatlah, tetapi kalau orang itu jahat dan tidak jujur, binasalah.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kuartil pertamafirst quartileKuartil yang mengandungi 25% data.Menengah Atas
sukuan pertamafirst quadrantSuku bahagian yang terletak di sebelah kanan atas dalam lingkungan paksi koordinat. Lihat ContohSekolah Rendah
kuartil bawahlower quartileLihat kuartil pertama.Menengah Atas
saonesNilai tempat bagi digit pertama dari kanan dalam sesuatu nombor bulat. Lihat ContohSekolah Rendah
julat antara kuartilinterquartile rangeJulat antara kuartil pertama dengan kuartil ketiga bagi suatu set data. Julat ini merupakan satu cara untuk menghuraikan sebaran suatu set data. Lihat ContohMenengah Atas
nombor ordinalordinal numberNombor yang menunjukkan kedudukan atau tertib. Contohnya, pertama, kedua, kesepuluh dan sebagainya. Hanya nombor bulat sahaja digunakan untuk melambangkan kedudukan tersebut.Menengah Atas
nombor ordinalordinal numberNombor yang menunjukkan kedudukan atau tertib. Contohnya, pertama, kedua dan kesepuluh.Menengah Rendah
lajurcolumnSusunan menegak dalam suatu jadual. Contohnya, A, B, C termasuk dalam lajur pertama bagi jadual di bawah. Lihat ContohMenengah Rendah
barisrowSusunan melintang dalam suatu jadual. Contohnya, 1, 2, 3 termasuk dalam baris pertama bagi jadual di bawah. Lihat ContohMenengah Rendah
sistem 24 jamtwenty-four hour systemSistem mengukur masa dalam sehari yang ditulis dengan empat digit. Dua digit pertama menunjukkan jam dan dua digit terakhir menunjukkan minit. Contoh, pukul 5:30 p.m. ditulis jam 1730 dalam sistem 24 jam.Sekolah Rendah
12

Kembali ke atas