Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ hati = ~ kasih menaruh cinta (kasih) pd; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jatuh (kata kerja)
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan gugur, luruh, runtuh, rurut,

2. Dalam konteks nilai, harga,
bersinonim dengan turun, merosot, berkurangan, susut, surut, menjunam,
Berantonim dengan naik

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, masuk,
Berantonim dengan terbit

4. Dalam konteks kerajaan
bersinonim dengan tumbang, runtuh, bubar, tewas, kalah,

5. Dalam konteks tarikh
bersinonim dengan berbetulan dengan, bersamaan dengan, bertepatan dengan, tepat pada,

Kata Terbitan : menjatuhkan, terjatuh, kejatuhan,

Puisi
 

Sungguh harum melati di taman,
     Ditiup angin jatuh ke riba;
Biar hilang nyawa dan badan,
     Namun cinta tetap tak lupa.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Mohon bertanya, mengapakah "Dia jatuh cinta dengan saya." salah? Dan mohon penjelasan mengapa "Dia jatuh cinta pada saya" lebih sesuai untuk konteks ini.Ayat yang betul ialah "Dia jatuh cinta kepada saya." Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan.

Manakala kata sendi nama "dengan" digunakan untuk membawa maksud bersama-sama, cara sesuatu itu dilakukan, memakai atau menggunakan dan menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama.
Tatabahasa17.05.2013
Apakah sendi yang betul bagi frasa berikut?,. jatuh cinta _______ pemandangan hutan....Kata sendi nama yang sesuai untuk ayat "jatuh cinta... pemandangan hutan..." ialah "pada", iaitu "jatuh cinta pada pemandangan hutan".Tatabahasa03.02.2015

Kembali ke atas