Salam 1Malaysia. Persoalan yang sering mengelirukan pengguna bahasa adalah tentang penggunaan kata penguat. (i) Bolehkah kata penguat bebas dan kata penguat bebas , misalnya amat sangat, boleh hadir secara berderetan? Hal ini saya katakan demikian kerana munsyi dewan memberikan pandangan yang berbeza-beza. Pandangan sedemikian memang memeningkan kepala pengguna bahasa seperti saya. (ii) Adakah binaan teramat sangat betul? Dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4 dan Kamus Pelajar Edisi Ke-2 frasa teramat sangat memang wujud, sementelahan kemusyikilan ini tidak wujud dalam rekod soal jawab. Besarlah harapan saya bahawa kemusyikilan ini dapat dileraikan. Sekian, terima kasih. KAY SEVEN | Kata penguat boleh hadir berderetan, seperti contoh ayat; sungguh amat merdu. Begitu juga dengan kata penguat amat sangat yang bermaksud terlampau, boleh hadir secara berturutan. Binaan ayat daripada pola ter + amat + sangat adalah tidak gramatis, yang betul ialah daripada binaan ter + amat + kata adjektif seperti teramat baik dan teramat cantik. | Tatabahasa | 28.07.2011 |