Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : keras hati (tidak mahu menurut kata, nasihat atau tunjuk ajar orang); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ki tidak mahu mengikut nasihat; keras hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kepala (kata nama)
1. Bersinonim dengan jemala: tendas, akal, otak, fikiran, minda,

2. Bersinonim dengan ketua: pemimpin, penghulu, pengurus, pengelola, kapten, batin, pengarah, penggawa, mandur, penyelia, majikan, presiden, raja, imam, penasihat, guru, pemandu, khalifah, lurah, gabenor, nakhoda, juragan, jurumudi, panglima, hulubalang, sintua, juara, tekong,

3. Dalam konteks surat
bersinonim dengan tajuk, pendahuluan, permulaan,

4. Dalam konteks perkiraan
bersinonim dengan orang, individu,

5. Bersinonim dengan tangkai: hulu, pemegang,

Kata Terbitan : berkepala, berkepalakan, mengepalai,

Puisi
 

Jak jeti murai batu,
     Kereta ekor potong kepala;
Kalau kudapat kemudi itu,
     Kutabur urai tujuh kuala.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Keras bagai batu,
     tinggi bagai langit.

Bermaksud :

Tiada mahu menurut perintah; keras kepala.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah erti perkataan MUSTIKA. saya tidak terjumpa diperkhidmatan kamus, istilah, atau dimana juga, selain pantun.Ejaan yang betul bagi perkataan tersebut ialah 'MESTIKA'. Orang ramai lazim mengeja dan menyebutnya sebagai mustika atau mastika seperti yang terdapat dalam lirik lagu serta pantun. Mengikut kamus Dewan Edisi Keempat, mestika membawa maksud sejenis batu sakti yang terdapat dalam kepala ular dan lain-lain/geliga/gemala. Ia juga bermaksud permata yang bernilai (intan dll). Kalau digunakan sebagai kiasan, mestika juga boleh diertikan sebagai yang termolek/yang tercantik atau sesuatu yang disayangi.Makna29.12.2006
1.PERLANGGARAN ATAU PELANGGARAN 2.APAKAH PERBEZAAN MENIDURKAN DAN MENIDURI 3.BAGAIMANAKAH PENGGUNAAN DISEBABKAN OLEH DAN OLEH KERANA

Puan Norfaharin,

Sekira puan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, puan akan mengetahui perbezaan perkataan pelanggaran, pelanggaran, menidurkan dan meniduri.  Bersama-sama ini disertakan pentakrifan kata-kata tersebut seperti yang berikut: 

  • perlanggaran

    perihal (kejadian dsb) berlanggar (antara kenderaan, kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang;
  • pelanggaran

    1. perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah.
  • meniduri

    1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yg di kejauhan sana, nampak gadis ~ pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi;
  • menidurkan

    1. membuat supaya tidur, membaringkan supaya tidur: sesudah ~ anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. membaringkan, merebahkan: kemudian hendaklah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang mengarah ke tepi; 3. ki menjadikan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), melalaikan: janganlah kita ~ kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala;
  • Penggunaan "oleh kerana" tidak tepat kerana kata 'oleh' merupakan kata sendi dan "kerana" juga merupakan kata sendi. Oleh itu, frasa yang betul ialah "oleh sebab" dan bukan 'oleh kerana'. Kata 'sebab' ialah kata nama.

    Tatabahasa18.03.2009

    Kembali ke atas