Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ta.ma] | ڤرتام

Definisi : akronim bagi Persatuan Wartawan Wanita Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ta.ma] | ڤرتام

Definisi : 1. (yg) kesatu: penuntut tahun ~ dan tahun kedua mempelajari ilmu itu secara umum manakala penuntut tahun ketiga mempelajarinya secara mendalam; 2. = ~ kali mula-mula sekali, julung kali, terdahulu sekali: inilah tunjuk perasaan antikerajaan yg ~ diadakan di negeri itu sejak kemerdekaannya; inilah ~ kali seniwati itu berlakon sbg seorang perempuan tua; 3. terutama, terpenting: kewajibankau yg ~ ialah menjayakan perusahaan yg baru dijalankan ini; pertama-tama yg pertama sekali, yg mula­mula (terdahulu) sekali: candu itu ~ haram menurut agama Islam dan kedua membinasakan badan; dipertamakan didahulukan, dipentingkan, diutamakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ta.ma] | ڤرتام

Definisi : 1 lebih dahulu drpd yg lain mengikut urutan atau susunannya; yg paling awal: Jilid ~ buku itu sudah habis dijual. 2 yg mula-mula sekali; tidak ada yg lebih awal drpd itu; terdahulu sekali: Inilah kali ~ saya datang ke sini. 3 yg tertinggi peringkatnya; terutama; terpenting: sijil kelas ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pertama (kata tugas)
1. Dalam konteks kedudukan
bersinonim dengan julung, yang mula sekali, julung kali, awal-awalnya, asal-asalnya,
Berantonim dengan akhir

2. Bersinonim dengan terutama: terpenting, paling penting, paling utama,

Kata Terbitan : pertama-tama,

Puisi
 

Nanas halwa pisang salai,
     Hidangan kali pertama dara;
Hasrat kecewa cinta terkulai,
     Ingatan mesra tetap ada.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Pandang-pandang orang dijadikan ganti tubuh;
     pertama tegak,
kedua roboh.

Bermaksud :

Orang yang akan dijadikan wakil dalam sesuatu perkara hendaklah dipilih dengan saksama, kerana kalau orang itu baik dan setia, selamatlah, tetapi kalau orang itu jahat dan tidak jujur, binasalah.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Frasa yang manakah tepat mengikut hukum DM pertama kali atau kali pertama?Perkataan kali pertama merupakan padanan bagi perkataan bahasa Inggeris iaitu first time. Frasa 'kali pertama' dan 'pertama kali', kedua-duanya betul bergantung pada aspek yang ingin ditekankan atau didahulukan.Tatabahasa09.07.2013
Salam 1Malaysia, 1. Frasa 'Kali pertama' atau 'Pertama kali' yang paling tepat untuk digunakan dalam penulisan? 2. Frasa 'gas memasak' atau 'gas masakan' atau 'gas masak' yang paling tepat dalam bahasa Melayu? Terima kasih.1. Frasa 'kali pertama' dan 'pertama kali', kedua-duanya betul bergantung pada aspek mana yang ingin ditekankan atau didahulukan.
2. Gas masak sama seperti minyak masak.
Tatabahasa11.09.2012
Apakah perbezaan antara Thailand Selatan dan Selatan Thailand? 2.Pertama kali atau kali pertama. Apakah perbezaannya?1. Frasa yang betul ialah Selatan Thailand.
2. Perkataan kali pertama merupakan padanan bagi perkataan bahasa Inggeris iaitu first time. Frasa 'kali pertama' dan 'pertama kali', kedua-duanya betul bergantung pada aspek yang ingin ditekankan atau didahulukan.
Tatabahasa25.10.2013
Tuan, adakah ayat ini betul? "Dari pencucian pertama". Dari adalah untuk arah, tempat dan masa. Pencucian pertama merujuk kepada masa bukan? Jadi adakah ia "Dari pencucian pertama" atau "Daripada pencucian pertama"? Terima kasih.Yang betul ialah "daripada pencucian pertama" kerana "daripada" di sini merujuk sumber.Tatabahasa21.11.2011
Pertama kali atau kali pertama. Mana yang betul?Jawapan yang betul ialah kali pertama.Lain-lain29.09.2010
kali pertama betul k\atau pertama kali??Penggunaan yang betul ialah kali pertama.Tatabahasa08.04.2008
Manakah ayat yang betul? a. Ini bukan kali pertama... b. Ini bukan pertama kali...

Jawapan yang betul ialah 'ini bukan kali pertama'. Terima kasih.

Tatabahasa31.05.2008
1) Yang manakah penggunaan frasa yang betul sama ada 'pertama kali' atau 'kali pertama'. 2) Saya juga masih keliru dengan penggunaan kata dasar 'ya' dengan 'ia' yang merujuk kepada 'perbuatan bersetuju dengan pendapat seseorang' kerana dalam kamus dewan kedua-duanya boleh digunapakai. Apakah status penggunaan yang terkini dan adakah kedu-duanya masih boleh diterima dalam penulisan esei pelajar?Kedua-dua 'pertama kali' dan 'kali pertama' adalah betul dan boleh digunakan. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 'ya' ialah kata pembenar, iaitu perkataan yang mengesahkan sesuatu pernyataan. 'Ia' ialah kata ganti nama diri orang ketiga.Tatabahasa16.01.2012
Pertama, adakah ayat ini betul, " Apakah perkara yang anda katakan benar?" Kedua, adakah Kamus Dewan Edisi Keempat sumber utama kewujudan kata terbitan?( mempertingkat, mempertingkatkan) Ketiga, sudah wujudkah rancangan untuk mengeluarkan Kamus Dewan Edisi Kelima?Kamus Dewan Edisi Keempat bukan rujukan utama kata terbitan kerana beberapa buku lain boleh dirujuk. Antaranya ialah buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Tatabahasa15.08.2010
Perlukah perkataan pertama di perenggan pertama 'berselang'? Seperti contoh : Saya Ai Ling. Saya murid tahun dua.Saya ada datuk dan nenek. Mereka tinggal di kampung...... atau Saya Ai Ling. Saya murid tahun dua. Saya ada datuk dan nenek. Mereka tinggal di kampung......Soalan saudara tidak jelas dan idak ada perbezaan dalam kedua-dua ayat tersebut.Tatabahasa25.06.2012
12345678910...

Kembali ke atas