Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memeningkan kepala1. memusingkan (menyakitkan) kepala; 2. ki menyebabkan tidak tahu apa yg hendak dibuat, membi­ngungkan, merunsingkan: Sharifah makin sehari makin liar terhadapnya, makin pendiam dan makin ~ kepalanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
dogol I1. tidak bertanduk (lembu dll), tidak berambut (manusia), botak, tidak berbalung (ayam); 2. = berdogol berbenjol, berbencot; mendogolkan membotakkan (kepala); kedogolan 1. perihal dogol, kebotakan (ke­pala); 2. bp perihal bodoh, kebodohan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kepala1 bahagian tubuh manusia atau binatang dr hujung leher ke atas. 2 ki orang yg mengetuai negara (kampung, pejabat dll): Banyak ~ negara yg hadir dlm mesyuarat itu. 3 bahagian yg letaknya di atas (di hadapan) sekali; bahagian yg terpenting: ~ surat; ~ berita. 4 akal; fikiran; otak: Nasihat guru tidak masuk di ~ budak itu. ~ angin a. angin yg mula-mula bertiup sebelum ribut. b. ki tidak tetap perangainya. ~ bahu bahagian bahu yg menonjol. ~ batu ki tidak mahu mengikut nasihat; keras hati. ~ karangan tajuk karangan. berkepala ada kepalanya. orang ~ dua ki orang yg memihak ke sana ke sini; orang yg tidak berpendirian. mengepalai menjadi kepala (penghulu, pemimpin) dlm sesuatu kumpulan; mengetuai; memimpin: Beliau sendiri yg ~ angkatan itu. mengepalakan 1 mengangkat seseorang menjadi kepala atau ketua. 2 menyondol bola dgn kepala.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bulang1 kain dsb yg diikatkan pd kepala: Sapu tangannya dibuat ~. 2 tali utk mengikat taji; cara mengikat taji pd kaki ayam sabungan. bulang-bulang apa-apa saja yg diikatkan pd kepala. berbulang 1 berikat kepala; berdestar. 2 memakai taji (ttg ayam sabungan). membulang 1 mengikat sesuatu pd kepala; melilitkan sesuatu di kepala. 2 mengikatkan tali pd kaki ayam utk memasang taji. pembulang orang yg membulang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gaduh1 hura-hura atau gempar kerana perkelahian dll: Mereka berbuat ~ kerana harga barang-barang terlalu tinggi. 2 berasa gelisah atau bimbang kerana sesuatu sebab; berasa tidak tenteram: Pak cik jangan ~, anak pak cik ini akan segera sembuh. Tiap-tiap hari, dia ~ sakit kepala. bergaduh 1 berbuat gempar atau huru-hara; berbuat gaduh: Orang sedang mengaji, kamu semua jangan ~ di sini. 2 berkelahi, sama ada dgn bertumbuk, bertengkar saja atau sampai berbunuh-bunuhan: Mereka yg menjadi ahli kongsi gelap selalu saja ~ antara satu dgn yg lain. menggaduhkan 1 membuat supaya huru-hara atau gempar; menjadikan tidak tenteram; menjadikan gempar; mengharu-birukan: Pihak komunis berusaha hendak ~ negara kita. 2 menyebabkan berasa runsing atau risau; mengkhuatirkan: Di rumah ini semuanya cukup, apa pula yg ~ engkau? pergaduhan perbuatan bergaduh: Ngah Ibrahim tidak dpt berbuat apa-apa utk menghentikan ~ itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pening1. sakit kepala, pusing kepala; ~ kepala berasa sakit dan seakan-akan berpusing­-pusing; ~-~ lalat = ~-~ pikat berasa pening­-pening sedikit; 2. ki habis akal (fikiran dll), bingung, runsing; memeningkan = ~ kepala 1. memusingkan (menyakitkan) kepala; 2. ki menyebabkan tidak tahu apa yg hendak dibuat, membi­ngungkan, merunsingkan: Sharifah makin sehari makin liar terhadapnya, makin pendiam dan makin ~ kepalanya; kepeningan kesakitan kerana pening, rasa pening: ubat ini juga berkesan melegakan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
bulang I1. kain dll yg dililitkan pd kepala; ~ bidang sj tengkolok hitam; ~ hulu a) ikat kepala, tengkolok; b) sl kekasih; tali ~ tali yg dililitkan di kepala sbg ganti kain; 2. pengikat taji; ~ atas cara mengikat taji yg sama parasnya dgn susuh; ~ bugis cara mengikat taji pd jari belakang; ~ cipai cara mengikat taji pd jari yg tertegap; ~ dagang cara mengikat taji pd kaki kiri sepanjang susuh; ~ golok cara mengikat taji antara jari; ~ jangkil cara mengikat taji pd jari yg terkecil; ~ kanan cara mengikat taji pd kaki kanan sepanjang susuh; ~ lepas cara mengikat taji pd jari yg tertegap; ~ luar cara mengikat taji di atas jari kecil; ~ panggang cara mengikat taji di atas taji; ~ tiga jari cara mengikat taji pd ketiga-tiga jari muka; ~ tunjuk cara mengikat taji pd jari depan yg di luar; ~ sali, kacak sama, tinggal lagi mujur malangnya prb sama kuat (kalah menangnya bergantung pd nasib); bulang-bulang sesuatu yg dililitkan pd kepala;berbulang 1. berlilit pd kepala, bertengkolok: ia ~ kain sutera; 2. berikat taji: ayam yg ~; membulang 1. melilitkan pd kepala: ia ~ kain pd kepalanya; 2. mengikat taji pd kaki ayam dgn tali: ayam pun dibulang oranglah;terbulang terikat taji; ~ ayam betina prb orang yg dianggap berani dll, tetapi teryata sebaliknya;bulangan lilitan (ikatan); pembulang (orang dll) yg membulang; kerbau ~ tali prb orang yg berbalik-balik fikirannya (tiada tetap hati).Kamus Dewan Edisi Keempat
golek I(golék) 1. guling; ~ para Kl sj permainan kanak-kanak (buah pinang dll diletakkan di atas para dan dilempar supaya jatuh berguling); ayam ~ ayam yg dimasak atau dipanggang bulat-bulat (tidak dikerat-kerat); bantal ~ bantal guling (berbentuk bulat panjang); bola ~ judi dgn menggunakan bola yg digulingkan ke petak-petak yg bernombor; hantu ~ hantu yg berguling-guling di tanah; 2. Kd geleng (kepala); bergolek 1. berguling, bergerak berpusing (bola, guli, dll); 2. berbaring; ~-gelantang berbaring-baring; yg bulat datang ~, yg pipih datang melayang prb keuntungan (kemewahan dll) datang drpd berbagai-bagai punca; bergolek-golek 1. berbaring-baring; 2. = bergolekan berguling-guling; bergolekan berguling-guling; tergolek 1. jatuh berguling; 2. terbaring, tergelimpang; ~ di nan datar prb Mn mendapat bahaya oleh perkara kecil; golekan hasil menggolek.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerudung1. tudung (kepala, muka), cadar (penutup kepala, muka), kain tudung kepala (muka): sambil membetul-betulkan belitan ~nya, ibu meredakan ketegangan; 2. tudung lampu, terendak (lampu); mengerudungi menutup (kepala, muka) dgn kerudung, menudungi (kepala, lampu), membubuh terendak pd (lampu): ~ kepala; ~ lampu.Kamus Dewan Edisi Keempat
pening1 berasa sakit kepala; pusing kepala: ~ lalat berasa pening sedikit. 2 tidak dpt berfikir panjang lagi; suntuk fikiran; bingung. memeningkan 1 menyebabkan kepala berasa sakit; memusingkan kepala. 2 menyebabkan tidak tahu akan apa yg hendak dibuat; membingungkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas