POLAND | Poland ialah negara besar Eropah tengah yang bersempadan dengan Laut Baltik. Warsaw ialah ibu negara Poland dan bandar yang terbesar. | UMUM | |
MOLDOVA | Moldova ialah negara di selatan-tengah Eropah yang bersempadan dengan Romania di barat dan Ukraine di tiga bahagian yang lainnya. Dari tahun 1940 hingga tahun 1991, Moldova ialah republik dalam Kesatuan Soviet. Ia dikenali sebagai Moldavian Soviet Socialist Republic (Republik Sosialis Soviet Moldova), atau ringkasnya Moldavia. Apabila Kesatuan Soviet dibubarkan pada tahun 1991, Moldova diisytiharkan sebagai negara yang merdeka. | UMUM | |
KEMBOJA | Kemboja ialah negara di Asia Tenggara yang bersempadan dengan Thailand, Laos, dan Vietnam. Negara ini juga dikenali sebagai Kampuchea. Nama ini ialah satu variasi ejaan Kemboja. Pada tahun 1989, kerajaan negara ini mengisytiharkan bahawa nama itu ditukar daripada Kampuchea kepada Cambodia. | UMUM | |
TELUK BENGGALA | Teluk Benggala ialah bahagian utara Lautan Hindi, yang bersempadan dengan India, Bangladesh, dan Myanmar. Sungai-sungai yang mengalir masuk ke teluk ini termasuk Sungai Gangga, Brahmaputra, dan Irrawaddy. Bandar pelabuhan yang penting di teluk ini ialah Calcutta, Madras, dan Rangoon. Pantai baratnya mempunyai sedikit pelabuhan. Pantai timurnya agak berbeza. Kepulauan Andaman dan Nicobar serta Kepulauan Mergui terletak di timur teluk ini. Rangkaian kepulauan gunung berapi terletak di luar pantai Burma. Siklon yang diiringi ombak gadang ada kalanya berlaku di teluk ini pada penghujung musim monsun (September/Oktober). | UMUM | |
TANZANIA | Tanzania ialah sebuah negara yang besar di timur Afrika yang bersempadan dengan Lautan Hindi. Sebahagian besar Tanzania terletak di tanah besar Afrika dan sebahagian yang lain terdiri daripada beberapa buah pulau yang berhampiran. Ibu negara Tanzania dan bandar terbesarnya ialah Dar es Salaam. Sebuah ibu negara yang baru, Dodoma, di bahagian tengah Tanzania dijadualkan siap pada tahun 1990-an. Nama rasmi negara ini ialah Republik Bersatu Tanzania. | UMUM | |
SHROPSHIRE | Shropshire (pend. 401 600) ialah kaunti Inggeris di barat Midlands, bersempadan dengan Wales. Shropshire ialah kaunti pertanian yang utama, tetapi kaunti ini adalah antara kawasan yang pertama memajukan kejuruteraan semasa Revolusi Perindustrian pada tahun 1700-an. Semenjak itu, kejuruteraan sentiasa menjadi industri penting di Shropshire. | UMUM | |
ETHIOPIA | Ethiopia ialah negara yang terletak di timur laut Afrika. Ia bersempadan dengan Eritrea di sebelah utara dan menganjur ke pedalaman Afrika di selatan dan barat. | UMUM | |
TERENGGANU | Terengganu ialah negeri yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadan dengan negeri Kelantan dan Pahang. Sempadan di bahagian timurnya ialah Laut China Selatan, manakala sempadan di bahagian selatan ialah negeri Pahang. Pantainya sepanjang lebih kurang 225 kilometer menghadap Laut China Selatan dari Besut di utara hingga ke Kemaman di selatan. Terdapat tujuh daerah di Terengganu iaitu Besut, Dungun, Kemaman, Marang, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, dan Setiu. | UMUM | |
SABAH | Sabah ialah negeri yang terletak di Malaysia Timur. Sabah terletak di timur laut Kepulauan Borneo, bersempadan dengan negeri Sarawak di bahagian barat daya, Negara Brunei Darussalam di bahagian timur laut, dan wilayah Kalimantan, Indonesia di bahagian tenggara. Sabah dikelilingi oleh Laut Sulawesi di bahagian tenggara, Laut Sulu di timur laut dan Laut China Selatan di barat laut. Sabah mempunyai keluasan 711 kilometer persegi dan meliputi satu per sepuluh daripada keseluruhan Kepulauan Borneo. Ibu negerinya ialah Kota Kinabalu. | UMUM | |
MELAKA | Melaka (pend. 504 500) ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Negeri Sembilan dan Johor. Melaka terdiri daripada tiga daerah, iaitu Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin. Negeri ini mempunyai keluasan 1159 kilometer persegi dan terletak di garisan lintang 2 0 11’ Utara, dan garisan bujur 102 0 15’ Timur. | UMUM | |