BUAH KERAS | Buah keras yang juga dikenali sebagai pokok minyak buah keras atau candleberry, ialah pokok malar hijau di Asia Tenggara. | UMUM | |
KUKUI | Kukui juga dikenali sebagai pokok minyak buah keras, mempunyai dahan yang merendang. Daunnya berwarna hijau muda. | UMUM | |
DATO' BAHAMAN | DATO’ BAHAMAN (1838- ?), orang besar Pahang yang menyebelahi Wan Ahmad dalam rebutan kuasa di Pahang pada abad ke-19. Bahaman anak kepada Tuanku Imam Noh dengan Rokiah binti Tuk Setia Perkasa Semantan Abdul Rahman. Tuanku Imam Noh dipercayai berasal dari Kampar, Sumatera. Ketika kecil, Bahaman diserahkan kepada Bendahara Pahang, Wan Ali dan dia berkawan dengan Wan Ahmad, putera Bendahara Wan Ali. Bahaman mahir dalam bidang perburuan, bermain gasing, berlaga buah keras dan bermain sepak raga. Bahaman bersama-sama Wan Ahmad menjual ikan dan garam kepada penduduk di Hulu Pahang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RASPBERI | Raspberi ialah pokok bangkut yang berduri yang mengeluarkan buah yang kecil, bulat dan sedap. Setiap buah, juga dikenali sebagai beri , terdiri daripada sejambak sel, yang dinamakan druplet , yang kelihatan seperti manik kecil. Druplet adalah sebahagiannya keras, dan sebahagiannya berisi, dan tumbuh di sekeliling satu empulur yang dikenali sebagai pudung . | UMUM | |
KACANG | Kacang ialah nama popular bagi banyak jenis biji atau buah kering, yang boleh dimakan, yang tumbuh dalam kulit keras. Perkataan kacang boleh merujuk kepada kulit dan isinya, atau isirung di dalam, atau kepada isirung sahaja. | UMUM | |
DRUP | Drup adalah buah berisi yang mempunyai satu biji yang dikelilingi oleh lapisan keras atom biji. | UMUM | Flora dan Fauna |
SIRAP JAGUNG | Sirap jagung ialah cecair yang pekat, manis yang dibuat daripada tepung jagung. Pemproses makanan menggunakannya untuk memaniskan makanan berbakar, gula-gula, buah dalam tin, dan banyak makanan yang lain. Sirap jagung menjadikan tekstur krim dan gula-gula licin. Ia juga menarik dan membendung lembapan, dan dengan itu ia membantu mencegah makanan berbakar daripada menjadi keras. | UMUM | |
SIRA | SIRA, proses menyalut kuih yang tawar dengan gula yang telah dicairkan. Apabila gula yang disiram itu sejuk, ia menjadi keras seperti yang terdapat pada kuih keria. Antara kuih-muih yang disira ialah gegetas dan kuih kering. Kuih-muih ini dimasak terlebih dahulu dan disira dengan gula untuk memberi dan menambahkan rasa manis. Semua kuih yang disira adalah keras dan rangup. Di Kelantan, `sira’ bermaksud gula yang dimasak pekat atau kering bersama buah-buahan seperti sukun, kundur dan lain-lain seperti yang terdapat dalam sira buah sukun dan sira kundur kulit limau. | BUDAYA | Makanan |
KISAR | KISAR, alat untuk mengisar padi dan tepung. Kisar atau pengisar padi diperbuat daripada buluh yang dianyam dan di dalamnya diisi dengan tanah liat. Tapaknya diperbuat daripada dua batang kayu berukuran 72 cm x 7.5 cm x 7.5 cm yang disilangkan dengan paku. Buluh belalai atau buluh duri diraut kecil dan dianyam menjadi dua buah raga yang bergaris pusat 465 cm sebagai kulit kisar. Buluh juga digunakan untuk membuat piring melingkari raga di bahagian bawah, bergaris pusat 78 cm dan tingginya 9 cm. Bakul bahagian bawah yang dianyam, setinggi 54.5 cm diisi dengan tanah liat yang dicampurkan garam. Apabila kering, tanah liat itu menjadi keras seperti simen. | BUDAYA | Alat/Alatan |