Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.tuh.kan] | منجاتوهکن

Definisi : 1. melemparkan ke bawah, menggugurkan: dgn sengaja dijatuhkannya benda dlm tangannya itu; 2. menurunkan (nilai, harga, dll), memerosotkan: musuh-musuh kita senantiasa cuba ~ nama baik kita; 3. menggagalkan, membubarkan, me­numbangkan: parti-parti pembangkang men­­cuba ~ kerajaan dgn undian tidak percaya; 4. menyebabkan (miskin, melarat, dll); 5. mengenakan: hakim telah ~ hukuman penjara atas pesalah itu; ia memang tidak segan-segan ~ hukuman kpd penyokong-penyokong komunis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.tuh.kan] | منجاتوهکن

Definisi : 1 melemparkan ke bawah; menggugurkan: Dia ~ gelas itu kerana geram. 2 menurunkan (nilai, harga dll): Secara tidak langsung, dialah yg telah ~ perniagaan kedai itu. 3 mengalahkan; menggagalkan; menumbangkan: Dia telah ~ lawannya dlm perlawanan tinju. 4 melakukan atau mengenakan sesuatu sbg hukuman: Tuan hakim telah ~ hukuman gantung ke atas pembunuh itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jatuh (kata kerja)
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan gugur, luruh, runtuh, rurut,

2. Dalam konteks nilai, harga,
bersinonim dengan turun, merosot, berkurangan, susut, surut, menjunam,
Berantonim dengan naik

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, masuk,
Berantonim dengan terbit

4. Dalam konteks kerajaan
bersinonim dengan tumbang, runtuh, bubar, tewas, kalah,

5. Dalam konteks tarikh
bersinonim dengan berbetulan dengan, bersamaan dengan, bertepatan dengan, tepat pada,

Kata Terbitan : menjatuhkan, terjatuh, kejatuhan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEAPOT DOME

Teapot Dome ialah salah satu skandal kerajaan

yang paling jahat dalam sejarah Amerika. Skandal ini

terjadi semasa Pentadbiran Presiden Warren G.

Harding yang turut menjatuhkan martabatnya di

kalangan Presiden Amerika Syarikat.

Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat dan sebuah

suruhanjaya khas telah menyiasat skandal ini dari

tahun 1922 hingga tahun 1928.

UMUM 
PU YI

Pu Yi (1906–1967), yang biasanya dikenali sebagai

Henry Pu Yi, ialah maharaja China yang terakhir.

Pada tahun 1911 dan tahun 1912, ketika baginda

masih kecil, revolusi telah menjatuhkan kerajaan

Manchunya, dan menggantikannya dengan

republik.

UMUM 
SIN, JAIME CARDINAL

Sin, Jaime Cardinal (1928–2005) ialah ketua

biskop Roman Katolik di Manila. Dia membuat

sumbangan yang berkekalan dalam sejarah

Filipina. Dia menggalakkan rakyat mengambil

bahagian dalam revolusi pada bulan Februari

tahun 1986, yang menjatuhkan Presiden Ferdinand

Marcos dan mengembalikan demokrasi di

Filipina. Lihat juga Filipina, Sejarah.

UMUM 
MAHKAMAH

Mahkamah ialah sebuah institusi kerajaan yang

menyelesaikan pertikaian undang-undang dan

mengendali keadilan. Mahkamah menyelesaikan

konflik melibatkan individu, pertubuhan, dan

kerajaan. Mahkamah juga menentukan, sama ada

orang yang dituduh melakukan jenayah itu

bersalah atau tidak, dari segi undang-undang, dan

menjatuhkan hukuman terhadap pesalah.

UMUM 
PARLIMEN LANJUT

Parlimen Lanjut merujuk kepada suatu sesi

Parlimen Inggeris yang bersidang panjang tanpa

rehat mulai tahun 1640 hingga tahun 1653.

Persidangan ini dimansuhkan dengan rasminya

pada tahun 1660. Parlimen Lanjut ini bermula

dengan perbalahan secara langsung dengan Raja

Charles I, kemudian bersidang semula semasa

Perang Saudara, menjatuhkan hukuman bunuh ke

atas raja ini, mencuba memerintah dalam masa

kegelisahan selepas perang itu, dan akhirnya

dimansuhkan untuk memberikan laluan kepada

Parlimen baharu di bawah Raja Charles II.

UMUM 
SAFARIYYAH, KERAJAAN

Safariyyah, Kerajaan (254–289 H./ 868–902 M.).

Kerajaan Safariyyah didirikan di bahagian selatan

Iran. Nama kerajaan ini bersempena dengan nama

Ya‘kub ibn al-Layth al-Safar, seorang yang berani,

yang mengambil kesempatan semasa kerajaan

Abbasiyyah lemah akibat bergolak politik serta

kekacauan yang semakin serius, yang dilakukan oleh

orang Negro. Dia memang bercita-cita untuk

menguasai kawasan selatan Iran, Parsi dan

Khurasan. Dia berjaya menubuhkan kerajaannya

selepas menjatuhkan kerajaan al-Tahiriyyah, dan

diiktiraf oleh Baghdad sebagai gabenor yang

merdeka. Namun, dia masih belum berpuas hati

malah bercita-cita untuk mengambil alih kedudukan

orang Turki di Baghdad. Kerajaan terpaksa akur

kepada kehendaknya apabila dia menyiapkan

angkatan tentera untuk tujuan tersebut. Justeru itu,

al-Safar diberi pengiktirafan sebagai gabenor di

wilayah Khurasan, Tabaristan, Jurjan, Ray dan Parsi.

Dia juga dilantik sebagai Ketua Polis Baghdad dan

Samarra’. Al-Safar masih belum berpuas hati. Dia

berhasrat untuk ke Baghdad dan mengambil alih

Baghdad yang merupakan pusat kekuasaan bangsa

Turki. Khalifah al-Muwaffaq tidak ada pilihan lain

kecuali bertindak memerangi al-Safar. Khalifah

mengetuai satu angkatan tentera lalu menyerang al-

Safar berserta tenteranya dan berjaya menewaskan

mereka. Al-Safar tewas kerana tenteranya berpaling

tadah dan menyertai tentera khalifah apabila mereka

melihat pasukan yang akan ditentang diketuai oleh

khalifah sendiri.

UMUM 
ISTANA TRADISI RAJA-RAJA MELAYU

ISTANA TRADISI RAJA-RAJA MELAYU, tempat bersemayam raja-raja Melayu. Istana merupakan lambang kedaulatan dan tanda status raja yang memerintah. Perkataan istana berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu ‘astana’ atau ‘asthaa’. Perkataan ini digunakan bagi menyebut suatu tempat tinggal, tempat kediaman tetap, tempat bersemayam dan tempat beradu. Perkataan istana digunakan bagi menyebut rumah kediaman raja-raja Melayu untuk membezakannya daripada rumah rakyat. Istana ialah pusat pentadbiran dan menjalankan aktiviti yang berhubung dengan upacara adat istiadat dan juga pertahanan. Seorang raja yang tidak mempunyai istana, tidak dihormati dan akan menjatuhkan imejnya sebagai raja yang berdaulat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangunan/Kota

Kembali ke atas