Besar rumah besar tingkapnya, Besar pula pintu dibuat; Besar kepala besar cakapnya, Besar pula malu yang dapat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila menebar jala, Lama-lama dapat ikan; Apabila besar kepala, Lama-lama dapat lawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bila berburu mengejar rusa, Pakai senjata ataupun jerat; Bila berguru besar kepala, Sampai tua takkan mendapat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Laut bukan sebarang laut, Laut lebar dilanda ombak; Mulut bukan sebarang mulut, Mulut besar kepala bengkak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kata tua kata hikmat, Hikmat diingat besar pahala; Hina bangsa gila hormat, Hormat membuat besar kepala. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |