Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ hati = ~ kasih menaruh cinta (kasih) pd; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jatuh (kata kerja)
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan gugur, luruh, runtuh, rurut,

2. Dalam konteks nilai, harga,
bersinonim dengan turun, merosot, berkurangan, susut, surut, menjunam,
Berantonim dengan naik

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, masuk,
Berantonim dengan terbit

4. Dalam konteks kerajaan
bersinonim dengan tumbang, runtuh, bubar, tewas, kalah,

5. Dalam konteks tarikh
bersinonim dengan berbetulan dengan, bersamaan dengan, bertepatan dengan, tepat pada,

Kata Terbitan : menjatuhkan, terjatuh, kejatuhan,

Puisi
 

Sungguh harum melati di taman,
     Ditiup angin jatuh ke riba;
Biar hilang nyawa dan badan,
     Namun cinta tetap tak lupa.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Selama memasang lantai perahu, Banyaklah ketam lata melata; Selama musang pandai merayu, Banyaklah ayam nan jatuh cinta.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pucuk pauh rantingnya jatuh, Jatuh terlentang dimakan ulat; Tuanlah jauh saya pun jauh, Burung terbang berkirim surat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pisang awak jatuh berlerai, Jatuh sebiji ke sarung kain; Patut tuan hendak bercerai, Sudah berjanji dengan yang lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Layang-layang jatuh meriba, Jatuh gemercing di tengah laman; Kita sayang orang tak suka, Macam bertepuk sebelah tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Permata jatuh atas rumput, Jatuh ke rumput berbilang-bilang; Kalau di mata boleh luput, Dalam hati masakan hilang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ular pucuk jatuh ke lembah, Ular lidi jatuh berdebab; Surat sepucuk datang menyembah, Kalau sudi segelah jawab.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pisau kecil hulunya gewang, Jatuh ke kaki haram tak luka; Dara kecil permainan abang, Jatuh hati haram tak lupa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambil beliung tetak ke kempas, Jatuh ke kaki haram tak luka; Sungguh cium bertukar nafas, Jatuh ke hati haram tak lupa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Abang makan hendak berhidang, Memakai kain berbelah tepi; Di dalam merana cinta datang, Air mata jatuh ke pipi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tidak dapat dikira-kira, Air mata jatuh segera; Karam di laut angin di udara, Karam di hati kerana cinta.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas