Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : jatuh cinta, berkenan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) menaruh kasih (cinta) pd seseorang; b) menaruh belas kasihan pd seseorang dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : = ~ kasih menaruh cinta (kasih) pd; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jatuh (kata kerja)
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan gugur, luruh, runtuh, rurut,

2. Dalam konteks nilai, harga,
bersinonim dengan turun, merosot, berkurangan, susut, surut, menjunam,
Berantonim dengan naik

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, masuk,
Berantonim dengan terbit

4. Dalam konteks kerajaan
bersinonim dengan tumbang, runtuh, bubar, tewas, kalah,

5. Dalam konteks tarikh
bersinonim dengan berbetulan dengan, bersamaan dengan, bertepatan dengan, tepat pada,

Kata Terbitan : menjatuhkan, terjatuh, kejatuhan,

Puisi
 

Pisau kecil hulunya gewang,
     Jatuh ke kaki haram tak luka;
Dara kecil permainan abang,
     Jatuh hati haram tak lupa.


Lihat selanjutnya...(20)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKayu selipat kayu di paya, Kayu mempayan condong ke padi; Keempat-empat muda sebaya, Ada seorang jatuh hati.
Kurik Kundi Merah SagaPisau kecil hulunya gewang, Jatuh ke kaki haram tak luka; Dara kecil permainan abang, Jatuh hati haram tak lupa.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil beliung tetak ke kempas, Jatuh ke kaki haram tak luka; Sungguh cium bertukar nafas, Jatuh ke hati haram tak lupa.
Kurik Kundi Merah SagaPermata jatuh atas rumput, Jatuh ke rumput berbilang-bilang; Kalau di mata boleh luput, Dalam hati masakan hilang.
Kurik Kundi Merah SagaKalau memetik bunga selasih, Dihanyut mari ke Sungai Ceni; Bila hati dah jatuh kasih, Nama yang busuk pun jadi wangi.
Kurik Kundi Merah SagaKalau memetik bunga selasih, Dihanyut mari ke Sungai Ceni; Bila hati dah jatuh kasih, Nama yang busuk pun jadi wangi.
Kurik Kundi Merah SagaJatuh berserak di dalam padi, Anak belangkas beruang perahu; Kalau berhajat di dalam hati, Khabar lekas supaya kutahu.
Kurik Kundi Merah SagaBunga tanjung dari utara, Jatuh sekuntum melayang-layang; Bagaimana hati tidak gila, Tidur malam terbayang-bayang.
Kurik Kundi Merah SagaBunga tanjung kembang tak jadi, Jatuh berserak di rumpun buluh; Hancur hati kerana budi, Di dalam air badan berpeluh.
Kurik Kundi Merah SagaLimau purut jatuh ke pangkal, Sayang selasih condong ke barat; Hujan ribut dapat kutangkal, Hati rindu apa ubat?
12

Kembali ke atas