read leader | pendahulu | Komunikasi | Tiada | Orang yang pertama sekali menyebarkan maklumat mengenai sesuatu perkara seperti menghebahkan tajuk berita di televisyen atau radio. |
pisatin | pisatin | Biologi | Patologi | Fitoaleksin pterokarpan yang pertama sekali dikenal pasti daripada pokok kacang Pisum. Sekarang sebatian ini telah dikesan pada banyak jenis pokok kekacang yang lain, dan diduga berperanan menyebabkan ketahanan perumah terhadap serangan patogen. |
primordial | primordial | Sejarah | Tiada | 2. Yang paling awal atau yang pertama sekali terbentuk. |
Encke's comet | komet Encke | Matematik | Tiada | Anggota keluarga komet Musytari yang pertama sekali diketahui, yang mempunyai kala yang paling pendek 3.3 tahun. Nama komet ini mengambil sempena nama J.F. Encke, ahli falak Jerman yang telah membuat kajian lengkap secara teori mengenai gerakannya. |
Stoetzer strategy | startegi Stroetzer | Biologi | Patologi | Pendekatan pembiakbakaan untuk meningkatkan lagi ketahanan tegak perumah, yang pertama sekali dilakukan oleh Stoetzer di Habshah. |
leading edge | pinggir depan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Bahagian hadapan aerofoil atau sayap.,2. Peralihan bagi denyut, yang berlaku dahulu.,3. Pinggir kad tertebuk yang pertama sekali masuk ke dalam pembaca kad.,4. Bahagian amplitud yang meningkat bagi isyarat denyut. |
massed practice | praktis massa | Sains Sukan | Biomekanik | Tempoh latihan yang dijalankan secara berterusan, dengan jeda rehat yang tidak kerap. Contohnya, dalam satu sesi latihan selama dua jam, jeda rehatnya ialah sekali sahaja antara jam pertama dengan jam kedua. |
blok-lilin | blok-lilin | Kesenian | Seni Batik | Proses membatik dengan menggunakan sarang. Dengan proses ini pukul lilin dan celup warna dibuat sebanyak dua kali. Setelah dipukul buat kali pertama, kain dicelup untuk mendapatkan warna asas, dibilas dan dijemur, kemudian dipukul semula untuk menutup warna pertama sebelum dicelup warna dan dibilas sekali lagi dan seterusnya direbus. |
amortization of debt | pelunasan hutang | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pembayaran balik hutang kepada pemberi hutang. Pembayaran boleh dilakukan melalui beberapa cara, iaitu pertama, bayaran ansuran prinsipal dan keuntungan sepanjang hayat hutang. Kedua, pembayaran sekali gus sebelum tamat tempoh hutang. Sekiranya si berhutang gagal melunaskan hutang, pemiutang boleh mengenakan penalti, memanjangkan hayat hutang atau ibra’. |
first meiotic division | pembahagian meiosis pertama | Biologi | Histologi dan Sitologi | Proses pembahagian sel meiosis yang terbahagi kepada empat fasa, iaitu profasa, metafasa, anafasa dan telofasa. Fasa profasa merupakan yang paling panjang dan boleh dibahagikan kepada lima subfasa, iaitu fasa leptoten, zigoten, pakiten, diploten dan diakenesis. Fasa kedua, metafasa, pula berlaku dalam dua subfasa – profasa dan metafasa – kemudian diikuti dengan fasa ketiga, anafasa, iaitu apabila setengah daripada jumlah kromosom mulai kelihatan berpindah ke kutub nukleus, manakala setengah daripada baki jumlah itu berpindah ke kutub yang bertentangan. Dalam proses pemindahan ini, tidak dapat diketahui pasangan kromatid manakah yang akan berpindah ke satu-satu kutub, tetapi satu kutub mungkin hanya memiliki kromatid yang berasal daripada satu induk sahaja, meskipun ini jarang sekali berlaku (menurut kajian, hanya seorang daripada lapan juta orang mungkin memiliki kutub yang kromatidnya berasal daripada satu induk sahaja). Fasa terakhir ialah fasa telofasa, iaitu proses sitokinesis yang menghasilkan dua se |