Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ke.la.hian] | ڤرکلاهين

Definisi : pertengkaran, perbalahan, per­gaduhan: terjadilah ~ hebat antara suami isteri itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ke.la.hian] | ڤرکلاهين

Definisi : perbuatan atau hal berkelahi; pergaduhan; perbalahan; pertengkaran: Satu ~ yg hebat telah berlaku antara suami isteri itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelahi (kata kerja)
Bersinonim dengan balah, gaduh, tengkar, bantah, sabung, laga, gelut, selisih, cekcok, cekik merih, cekak, sengketa, telagah, gusti, gomol, tarung, juang, tikam;,
Kata Terbitan : berkelahi, memperkelahikan, perkelahian,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
chemaru Ibbadak.“Ya, cucu. Kalau semasa berhuma cuculah yang menentukan hal sempadan. Apabila ada perkelahian, cuculah yang memutuskan penyelesaian. Dalam hal pengayauan, cuculah pemimpin ketenteraan. Itu adalah kerana cucu adalah galang induk batu, teras induk kayu, ketua kepada penghulu, badak induk chemaru,” kata Ini Manang.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kaasab Kd KBsejenis roh jahat.10. Kaasab – Kerjanya selalu mencuri roh orang, tetapi selalu kalah dalam perkelahian dengan roh yang baik.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
galang Ibkiasan bagi orang yang menjadi harapan untuk memperoleh panduan kerana kemahiran dan kepimpinannya.“Ya, cucu. Kalau semasa berhuma cuculah yang menentukan hal sempadan. Apabila ada perkelahian, cuculah yang memutuskan penyelesaian. Dalam hal pengayauan, cuculah pemimpin ketenteraan. Itu adalah kerana cucu adalah galang induk batu, teras induk kayu, ketua kepada penghulu, badak induk chemaru,” kata Ini Manang.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas