tersungkur | jatuh dan mukanya terkena tanah, jatuh tersembam, jatuh tertiarap: dgn sekali panah, kijang itu pun ~lah lalu mati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sungkur I | ; ~-sangkar tertiarap (dgn tangan dan kaki terdepang); ~ sembam tersembam (muka mencium tanah); sang ~ babi (yg merosakkan tanaman); bersungkuran tersembam (jatuh dsb) dgn kepala tertunduk rendah-rendah: sekalian rakyat tentera menghadap baginda sujud kepalanya masing-masing lalu ke tanah ~; menyungkur 1. menundukkan kepala rendah-rendah (spt kerbau hendak berlaga dll): budak itu ~ di hadapannya meminta ampun; 2. menggali-gali tanah dll dgn muncung (babi dll): mereka ~ tanah dgn hidungnya mencari akar utk dimakan; tersungkur jatuh dan mukanya terkena tanah, jatuh tersembam, jatuh tertiarap: dgn sekali panah, kijang itu pun ~lah lalu mati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
turun I | 6 datang atau jatuh (ttg hujan atau salji); datang bertiup (ttg angin atau ribut): Petang itu ~lah ribut serta hujan yg sangat lebat. | Kamus Pelajar |
betul | 1. benar, tidak salah: barangkali ~ kata engkau itu; 2. tepat, langsung: buah itu jatuh ~ di atas kepala saya; pukul satu ~; 3. sungguh, sangat: dia sudah gila ~; ~lah budak ini; 4. sejati, tulen: dua lagi orang Melayu ~ menjadi broker; bongkok baru ~, (buta baru celik) prb angkuh atau sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat; sebetulnya sebenarnya, sesungguhnya, nyata: itu ~ begitu;betul-betul 1. benar-benar, sungguh-sungguh: demokrasi ~ diamalkan di sini; 2. sudah sempurna, cukup, benar-benar: biarkan air itu mendidih dan ~ masak; gaulkan ramuan itu sehingga ~ sebati; 3. tepat benar: dia berdiri ~ di hadapan saya; 4. dgn baik dan sempurna, elok-elok: sikat rambutmu ~ supaya kelihatan kemas;berbetul ark 1. membaiki, merapikan (pakaian, sanggul, dll): Tun Tuah pun tersangkut pd tirai paseban itu, lalu ~; 2. sesuai, cocok: beta hendak pertaruhkan diri beta yg dagang ini kpd anak raja itu, tetapi jikalau sudah ~ pd fikiran nenek;berbetulan bertepatan (dgn), selaras (dgn), sesuai (dgn): letakkan mata gergaji itu ~ dgn tebal kayu yg hendak dibelah;membetuli 1. menujui, mengarahkan, mengenai sasaran: Panji Semirang pun segeralah mengambil anak panahnya, dikenakan pd ibunya, lalu dibetuli dan dilepaskan; 2. membaiki: sambil bangun ia ~ kain sarungnya;membetulkan 1. membaiki (kerosakan, kesalahan, dll): ia ~ duduknya; ~ ejaan yg salah; ~ jam tangannya; 2. membenarkan, menganggap betul: pembunuh itu ~ segala tuduhan;kebetulan 1. dgn tidak sengaja, dgn tidak disangka-sangka: cerita ini berdasarkan pengembaraan dan peristiwa-peristiwa ~; 2. keadaan (kejadian) yg terjadi secara tidak diduga: ini satu ~ saja; 3. tepat atau kena benar (dgn tidak sengaja), pd ketika yg sama (dgn): saya ~ ada di sana ketika ia mengucapkan kata-kata itu;berkebetulan bersamaan masanya (halnya dll): Louis Braille ~ buta sewaktu ia berumur tiga tahun;pembetulan perihal (perbuatan, kerja, dsb) membetulkan: ~ kesalahan itu boleh dibuat nanti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gamang | 1. takut melihat ke bawah dr tempat yg tinggi, gayat: sungguh ~lah ketika melihat jurang yg amat dalam itu; 2. = tergamang berasa sepi: ia ~ sepeninggalan ibunya;penggamang orang yg lekas gamang, penggayat; orang ~ mati jatuh, orang pendingin mati hanyut prb Mn orang yg takut-takut tidak akan mencapai kehendaknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
timpa | bertimpa-timpa = timpa-bertimpa 1. bertindih-tindih atau bersusun-susun banyak-banyak; 2. berturut-turut datangnya (berlakunya): penyakit pun ~lah datang; mendapat keuntungan dan kemujuran timpa-bertimpa; menimpa 1. menghempap, jatuh menindih (ke atas) sesuatu: bunyi derauan air hujan ~ atap rumah; 2. mengenai (biasanya bkn se-suatu yg menyebabkan kesusahan, penyakit, dll): mengikut kepercayaan mereka jika adat ini dilangkahi, bahaya dan bencana akan ~; tubuhnya ditimpa panas; 3. memukul (dgn senjata dll); 4. Jk mencuri, merompak; menimpai menimpa pd: titik-titik embun ~ daun; besarlah kerugian yg akan ~ mereka; menimpakan 1. menjatuhkan sesuatu supaya menindih (menghempap) sesuatu, menjadi-kan menimpa; 2. mempertanggungkan (me-ngenakan, memikulkan) sesuatu yg tidak menyenangkan (hukuman, kesalahan, dll): begitu berat hukuman yg ditimpakan pada-nya; 3. Jk mengenakan (pukulan, tetakan): ia ~ parangnya pd bahu pencuri itu; tertimpa 1. ditimpa (oleh), tertanggung (ter-beban, terkena) sesuatu yg menyukarkan (spt penyakit, kemalangan, dll): setelah ia besar tanggungjawab mengurus hal-hal keluarga-nya ~ di atas dirinya; badannya menjadi kurus setelah ~ penyakit tersebut; 2. = ketimpaan Jk terpukul, dicuri, dirompak; timpaan 1. tindihan, himpitan (yg kuat): perkara yg aku tanggung ini lebih berat drpd ~ sebuah gunung; 2. beban atau tanggungan (yg menyukarkan); 3. Jk (barang) curian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kopak I | 1. pecah dan tanggal kerana sudah reput, diumpil dsb (bkn papan, dinding dsb): beberapa keping lantai dan dinding papan rumah itu telah ~; 2. patah dan jatuh atau terkulai (bkn dahan pokok dsb), sekah: banyak dahan pokok yg ~ akibat tiupan angin ribut yg kencang; 3. bp kehabisan wang kerana sangat banyak berbelanja dsb: ~lah aku nanti sekiranya majlis itu hendak diadakan secara besar-besaran; ~-kapik sangat buruk (kerana banyak bahagiannya yg rosak, pecah, kemik, dll): rumah di sawah itu banyak yg ~-kapik; mengopak 1. mengupas, mengobak, menguliti: ~ kelapa; 2. memecahkan, mengumpil hingga tercabut, merosakkan: ~ dinding rumah; terkopak terkupas, terkelopak, tercabut, tertanggal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terjun | 1. melompat dr atas ke bawah: pencuri-pencuri itu pun ~ ke dlm sungai, lalu berenang ke seberang; air ~ air yg mengalir dan jatuh dr tempat yg tinggi; 2. lebih rendah (jika dibandingkan dgn yg lain); 3. mencebur-kan diri (dlm sesuatu lapangan), menyertai, turut serta: beliau sudah lama ~ ke dlm gelanggang politik; berterjunan bersama-sama (beramai-ramai) terjun, banyak yg terjun: setelah ia mengamuk itu ~lah orang dr balairung; menerjun ark terjun; menerjuni 1. terjun ke (di), terjun utk (mengambil, menolong, dll): lurah yg dalam telah kita terjuni dan bukit yg tinggi telah sama kita daki; 2. ki memeriksai atau menyelidiki dgn mendalam, menyelami: beliau cuba ~ ilmu psikologi kanak-kanak yg kurang diketahui oleh ibu bapa dan guru-guru; 3. ki mematuhi perintah dll, mengikut; 4. ki mengeluarkan wang utk menutup kerugian; menerjunkan 1. membiarkan terjun, menyuruh terjun: dia ~ anjingnya ke dlm sungai; 2. menggugurkan (dr kapal terbang dll); 3. merendahkan, menghinakan; ~ diri menceburkan diri, menyertai (sesuatu perkara), turut serta (dlm sesuatu perkara); terjunan hasil perbuatan terjun dr kapal terbang (oleh askar) atau dr tempat yg tinggi (oleh ahli renang dsb): kebanyakan penerjun asing menggunakan alat video bagi mengkaji setiap ~; keterjunan perihal ditimpa sesuatu; ~ sawan kena penyakit sawan; penerjunan perihal (perbuatan dsb) mener-juni atau menerjunkan; penerjun 1. orang yg terjun dr kapal terbang (dgn menggunakan payung terjun): ~ memakai dua payung terjun; 2. ahli renang yg mengambil bahagian dlm acara terjun dr tempat yg tinggi ke dlm kolam air. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
turun I | 1. dr tempat yg lebih tinggi ke tempat yg lebih rendah, dr atas ke bawah, lwn naik; 2. (datang) dr hulu ke hilir atau dr daerah atas angin ke bawah angin: ia baru ~ dr merotan; maka iaitu ~ dr Yaman ke bawah angin, maka singgahlah ia di Tanah Keling; 3. (pergi) dr pedalaman (kampung dll) ke bandar: terpaksa juga saya ~ ke bandar hari ini; 4. mengendap ke bawah (keladak dlm air dll): hampas kopi itu telah ~; 5. surut (air); 6. hampir terbenam (matahari, bulan, dll), jatuh: matahari ~ matahari sudah hampir terbenam; (matahari) tengah ~ waktu petang (lebih kurang pukul 3.30); 7. ki telah berkurang (marah, nafsu, dll), reda: kemarahannya tidak juga ~-~ lagi; 8. keluar atau meninggalkan kenderaan ke bawah, keluar dr perahu dll dan naik ke darat: maka ~lah orang sekoci pergi mengambil air; maka lalu ~lah sahaya berjalan-jalan melihat-lihat kampung dan pasar di situ; 9. dr darat pergi naik ke kapal (perahu dll), menaiki kapal (perahu dll): maka ~lah ia ke sampannya lalu berkayuh; 10. keluar dr rumah, pergi atau pulang (tetamu): lebih kurang pukul sebelas malam barulah kami ~ dr rumahnya; 11. menjadi kurang atau rendah drpd biasa (harga dll), jatuh, merosot, susut (hasil dll): naik dan ~nya jualan tuan pd tiap-tiap bulan, terpulanglah kpd ke-cekapan tuan menguruskan perniagaan; 12. datang dr sesuatu yg dianggap tinggi (di atas): semua sekali ayat yg terhimpun di dlm Quran sekarang ini ~nya dlm waktu dua puluh tiga tahun; 13. mewarisi sesuatu (perangai dll) drpd datuk nenek dll; 14. memasuki (roh, orang halus, dll); 15. datang jatuh (hujan, salji), datang bertiup (angin ribut): tiba-tiba ~lah hujan rintik-rintik; pd pagi itu ~lah pula ribut serta dgn hujannya; 16. hilang warnanya (kain dll), luntur (warna kain dll): corak yg tidak ~, iaitu warnanya tidak berubah apabila dibasuh; ~ darah a) keluar darah dgn banyaknya (perempuan yg telah bersalin atau keguguran); b) sudah reda (berkurangan) marahnya; ~ haji kembali selepas mengerjakan haji (di Mekah); ~ harga menjadi lebih rendah harganya; ~ ke sawah pergi bekerja di sawah; ~ main Jk berehat (bagi kanak-kanak sekolah) separuh waktu; ~ makan Jk berhenti bekerja utk makan (pekerja); ~ mandi = ~ ke air upacara memandikan bayi utk pertama kali; ~ merek Id a) mendapat nama buruk; b) sudah tidak megah lagi; ~ minum Jk berhenti bermain utk minum (pemain bola sepak dll); ~ minyak menjadi berang atau ganas (binatang spt gajah dll); ~ naik = naik ~ a) tidak sama atau tidak rata (jalan dll), tinggi rendah; b) sekejap turun sekejap naik (nafas dll), sentiasa bergerak-gerak; c) sentiasa berubah-ubah, tidak tetap (ekonomi sesebuah negara dll); ~ padang pergi sendiri (biasanya pemimpin, pembesar dsb) ke sesuatu tempat utk menyiasat (meninjau, melihat dsb) sesuatu keadaan, masalah dsb; ~ ranjang Jk mengahwini saudara atau sanak isteri yg telah meninggal; ~ takhta = ~ dr takhta kerajaan = ~ dr kebesaran meninggalkan takhta (tidak menjadi raja lagi), makzul; ~ tangan a) turut mencampuri sesuatu hal dll; b) turut menyiapkan sesuatu pekerjaan dll; c) turut memberikan pertolongan (kpd orang miskin dll); ~ tangga a) turun melalui tangga; b) bertingkat-tingkat (pangkat, tinggi, umur, dll) dan hanya sedikit sahaja bezanya; c) Sr istiadat membawa pengantin laki-laki turun dan naik tangga sebanyak tiga atau tujuh kali (oleh pihak pengantin perempuan); ~-temu-run = ~-menurun berpindah-pindah drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu dan seterusnya, drpd nenek moyang turun kpd anak cucu dll; sama ~ dgn malim prb perempuan yg dlm tempoh sebulan sahaja sesudah kahwin di-ceraikan oleh suaminya; berturun turut mengeluarkan wang sbg derma (yuran, sokongan, dll): mereka ~ lima ringgit seorang utk menolong mangsa banjir di Kelantan; menurun 1. agak miring (tanah, pantai, dll), landai ke bawah: gunung itu ~ dgn curam-nya arah ke timur; 2. pergi dr atas ke bawah (bukit dll), pergi melalui lereng bukit dll ke bawah: ia bergegas melangkah ~ bukit yg curam menjunam itu; 3. menjadi kurang drpd biasa, beransur-ansur turun, menjadi reda (kemarahan dll), berkurang, surut, susut: debar darahku ~ dan dadaku terasa lapang; mereka ditangkap kerana dituduh menjalankan sabotaj yg menyebabkan peng-hasilan kilang itu ~; 4. berpindah kpd (drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu, dll), turun kpd: ia benar-benar ~ kelakuan bapanya; 5. kemasukan roh halus ke dlm tubuh (pawang, bomoh, dll), berada dlm keadaan tidak sedar dan seterusnya dapat menghubungi makhluk-makhluk halus (bkn bomoh, pawang, dll), bersawai: cara mengubat penyakit kadang-kadang dilakukan dgn cara ~; saya dapat menyaksikan bagaimana gayanya orang berpawang dan pawang ~ hantu; ~ hujan mendatangkan hujan; menuruni 1. turun melalui (tangga, lereng bukit, dll): kemudian dia berlari-lari ~ tangga hotel itu; 2. turun utk mengambil dll sesuatu, turun ke; ~ telaga turun ke dlm telaga; 3. keluar dr rumah utk menghadap (menangkap, mengejar), turun utk menyambut (kedatangan orang dll): jikalau anak raja datang, tiada dituruninya, melainkan anak raja yg akan ganti kerajaan maka dituruninya; menurunkan 1. membawa turun (ke bawah), menarik turun, menjatuhkan, merendahkan: dilihat orang layang-layang Raja Ahmad sudah naik, maka segala orang banyak ~ layang-layangnya; maka sekalian baris itu ~ senapangnya memberi hormat; 2. menge-luarkan dr kenderaan (kereta, perahu, dll), menyuruh turun: setelah ~ kami di masjid besar, maka drebar itu pun membawa balik motokar itu ke Yan; 3. menjadikan rendah (pangkat, kedudukan, dll), memakzulkan (raja dll): setelah Abdullah menjadi sultan memanglah sukar hendak ~nya balik; 4. menjadikan kurang (harga dll), mengurang-kan, menyusutkan (hasil dll), memerosotkan: ia boleh membuat undang-undang baru, menukar undang-undang lama, menaikkan atau ~ cukai; 5. menjadikan perlahan (suara), merendahkan; 6. memindahkan sesuatu kpd (anak, cucu, dll), mewariskan sesuatu kpd, meninggalkan (harta, ilmu, dll) kpd: harta si mati itu mesti diturunkan kpd warisnya; dia akan ~ ilmunya kpd orang yg hanya betul-betul hendak belajar sahaja; ~ baka memindahkan baka; ~ kuasa memindahkan kuasa (kepada orang bawahan dll); 7. menternakkan, menggembalakan (lembu dsb); 8. men-datangkan (wahyu dll) kpd, menyampaikan (ilham dll) kpd, mewahyukan, mengilham-kan: wajib kita percaya kpd kitab-kitab yg diturunkan oleh Allah kpd rasul-rasul; 9. memulakan menanam (padi dll): maka bertitah baginda suruh Bujang Selamat panggil Tuk Bidan Raja datang menugal dan ~ benih; 10. menyebabkan turun, meng-gugurkan, menjatuhkan: kebanyakan hujan di Semenanjung adalah hujan ribut yg ~ sampai 30 cm dlm sehari; 11. menjadikan turun (warna kain dll), melunturkan (warna), memudarkan: serbuk pencuci itu akan ~ warna dan merosakkan corak kain itu; 12. Id membentuk kata terbitan drpd kata pokok yg diberi imbuhan (awalan, sisipan, atau akhiran): dgn bersisipkan em, kata gerlap diturunkan menjadi gemerlap; 13. memilih atau meletakkan pemain dlm pertandingan (bola sepak dll), memilih pemain utk mewakili sesuatu pasukan (dan seterusnya bermain dlm sesuatu perlawanan): mereka telah ~ pemain-pemain yg handal utk menentang pasukan dr luar negara itu; memperturun; ~ hari mendatangkan hujan dgn doa dll; turunan 1. = keturunan anak cucu, baka, zuriat: betapa senang dan gembira hati Pak Long Karim melihat usahanya dan jasanya utk anak dan ~nya masa akan datang; 2. peranakan, kacukan: dekat baginda kelihatan perajurit pilihan, iaitu perajurit Daengan dan Bugisan ~ Mengkasar dan Bugis; 3. sesuatu yg dipusakai drpd nenek moyang, sesuatu yg turun-temurun: ayahnya sendiri seorang tua model lama, amat kukuh meme-gang kebiasaan ~, tetapi tidak pandai men-jaga anaknya; 4. = kata ~ Id (Lin) kata yg dibentuk drpd kata pokok, kata terbitan, kata bersambungan; 5. bp penurunan; keturunan 1. yg diturunkan drpd, anak cucu kpd, turunan, zuriat: dlm bahasa Melayu klasik kata putera semata-mata diperuntukkan bagi anak laki-laki ~ raja; 2. sesuatu yg diwarisi: dia memang orang biasa yg tidak mempunyai gelar ~ apa-apa; 3. menderita (sakit dll) yg turun-temurun, mendapat sesuatu yg menurun; 4. perihal dimasuki roh halus, kemasukan roh halus; berketurunan mempunyai keturunan (zuriat);penurunan 1. bahagian bukit (lereng, jalan, dll) yg menurun, | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mabuk | 1. berasa pening kepala atau hilang ingatan kerana meminum minuman keras dsb: Tiap-tiap hari dia pulang ke rumah dlm keadaan ~. 2 ki terlalu sangat asyik atau gemar akan sesuatu: Maka ~lah ia melihat permainan ayahnya. ~ agak-agak (kira-kira) leka dgn berangan-angan saja. ~ asmara (cendawan, cinta) hilang ingatan atau spt gila kerana jatuh cinta. ~ darah a. berasa pening kerana melihat darah. b. pengsan kerana banyak keluar darah. ~ laut (ombak) berasa pening dan muntah-muntah dlm pelayaran. ~ udara berasa pening atau muntah-muntah ketika dlm penerbangan. memabukkan menyebabkan menjadi mabuk. pemabuk orang yg selalu mabuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |