Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak mahu mengalah atau menurut, degil, tegar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak mahu mengalah atau tidak mahu menurut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keras
1. Bersinonim dengan kuat
( kukuh, teguh, tegap, liat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut

2. Bersinonim dengan bersungguh-sungguh
( giat, tekun, tekal, ceka, nekad, tabah, sepenuh hati, penuh minat, )
(adverba:)
Berantonim dengan sambil lewa

3. Bersinonim dengan tegas
( teguh pendirian)
(adjektif:)
Berantonim dengan tolak ansur

4. Dalam konteks kawalan
bersinonim dengan ketat, rapi,
(adjektif:)
Berantonim dengan longgar

5. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan teruk, tenat, berat, payah, yang membahayakan,
(adjektif:)
Berantonim dengan ringan

6. Bersinonim dengan hebat
( kuat, gagah, berani, )
(adjektif:)
Berantonim dengan lemah

7. Dalam konteks angin
bersinonim dengan kencang, deras, kuat, laju,
(adjektif:)

8. Dalam konteks suara bunyi
bersinonim dengan nyaring, kuat,
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut, lunak

9. Dalam konteks kata-kata
bersinonim dengan kesat, kasar, tidak sopan, biadap,
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut

10. Bersinonim dengan berpuaka
( berhantu, berpenunggu, )
(kata kerja:)

11. Dalam konteks minuman
bersinonim dengan memabukkan, beralkohol,
(kata kerja:)

12. Dalam konteks kritikan
bersinonim dengan pedas, tajam,
(adjektif:)

Kata Terbitan : berkeras, mengeras, mengerasi, mengeraskan, terkeras, kekerasan, pengerasan,

Peribahasa

Terajar pada banteng pincang.

Bermaksud :

Tak ada gunanya mengajar orang yang keras kepala.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bungkal sehasta (= sejengkal) tidak terkedang.Orang bodoh yang keras kepala. terkedang = terluruskan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terajar pada banteng pincang.Tak ada gunanya mengajar orang yang keras kepala.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pantang si tegang dibawa mengetul.Orang yang degil tidak mahu menurut nasihat orang. si tegang = orang yang keras kepala; mengetul = melipatkan, seperti meringkuk waktu tidur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Keras bagai batu, tinggi bagai langit.Tiada mahu menurut perintah; keras kepala.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dijunjung merekah kepala, dipikul meruntuh bahu.Perintah atau hukuman yang sangat berat dan keras.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas