acquaintance robbery | rompakan kenalan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu bentuk jenayah kekerasan yang melibatkan pengambilan atau percubaan mengambil sesuatu barang milik mangsa yang dikenali. Perbuatan jenayah ini menggunakan sama ada kekerasan fizikal, ancaman kekerasan atau meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan. |
hardness test | ujian kekerasan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Ujian untuk menentukan kekerasan lapisan atas cat. |
workplace violence | keganasan tempat kerja | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Ancaman atau kekerasan yang berlaku terhadap pekerja yang berkaitan dengan pekerjaannya, sama ada yang berlaku di tempat kerja atau di luar tempat kerja. Sinonim kekerasan tempat kerja. |
workplace violence | kekerasan tempat kerja | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Lihat keganasan tempat kerja. |
non violence | tanpa kekerasan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan politik yang dibuat tanpa melibatkan sebarang keganasan. Gerakan ini percaya kepada satu penyelesaian atau persaingan yang adil dan bebas. Kaedah yang biasa digunakan ialah secara aman seperti terlibat dalam pilihan raya, menuntut sesuatu secara melobi, menggunakan media, kaedah rundingan dan tawar-menawar. Penggunaan keganasan dianggap terkeluar daripada peraturan permainan yang diterima. Contohnya, Mahatma Gandhi merupakan tokoh yang berjuang dengan menggunakan cara ini yang dikenali sebagai satyagraha atau tanpa keganasan tetapi berterusan. |
violent crime | jenayah kekerasan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah yang wujud akibat tingkah laku mana-mana individu yang memudaratkan orang lain secara fizikal dengan cara mengugut, mengancam atau menggunakan kekuatan fizikal terhadap mangsa. |
terrorism | keganasan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah kekerasan yang dilakukan oleh individu atau kumpulan secara terancang, bertujuan untuk menimbulkan ketakutan dan ketidaktenteraman awam. Jenayah ini biasanya dilakukan berdasarkan ideologi, fahaman politik atau agama. |
kidnapping | penculikan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah kekerasan melibatkan perbuatan melarikan mangsa tanpa kerelaannya. Dari sudut undang-undang jenayah, perbuatan ini termasuklah mengambil atau mengumpan remaja yang berumur antara 14 hingga 16 tahun atau orang yang tidak waras daripada penjaga tanpa kerelaan penjaga tersebut. Kebiasaannya, tindakan ini bertujuan untuk mendapatkan tebusan. |
nanoindenter | nanopelekuk | Fizik | Nanoteknologi | Peranti untuk menguji kekerasan, kekuatan, kekenyalan, keliatan retakan, dan sifat haus bahan pada permukaan yang amat kecil. Terdapat beberapa jenis pelekuk seperti pelekuk piramid, sfera, silinder, kon, mata baji, dan filamen. Pelekuk diperbuat daripada bahan intan, nilam, tungsten karbida, keluli nirkarat, dan kuarza. |
youth violence | keganasan belia | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Kekerasan yang dilakukan oleh individu dalam lingkungan umur yang ditetapkan oleh undang-undang sebagai belia. Contohnya, undang-undang Malaysia mentakrifkan belia sebagai individu yang berumur antara 15 hingga 30 tahun. |