otak udang | otak udang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu dan pokok Buchanania spp. daripada famali Anacardiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk lamak ketam dan rengas ayam, dan di Sabah termasuk kepala tundang dan kepala tundang tungkai pendek. Spesies utamanya ialah Buchanania arborescens dan B. sessifolia. Gubal kayu otak udang sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat kelabu. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang lurus dan agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 465 hingga 690 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut hingga sederhana keras dan sederhana berat. Kayu ini mudah dikerjakan, dikemas siap , dan dikeringkan, tetapi tidak berapa tahan. Kayu otak udang sesuai digunakan untuk kerja binaan sementara, kotak mancis dan kotak kecil. |
head | kepala; parlimen; ketua; tajuk; turus | Perubatan | Tiada | 3. Kepala: Bahagian paling anterior daripada tubuh sesuatu haiwan, mengandung otak, organ deria, bukaan pencernaan. |
hydrocephalus | hidrosefalus | Perubatan | Tiada | Keadaan apabila terdapat cecair serebrospina yang luar biasa banyaknya di dalam ventrikel otak dan seterusnya tengkorak. Keadaan ini biasanya berlaku akibat sekatan penyaliran cecair serebrospina. Antara gejala keadaan ini termasuklah pembesaran kepala serta dahi yang membonjol, atrofi otak, kemerosotan mental dan sawan. Keadaan ini mungkin bersifat kongenital atau perolehan dan kemunculannya mungkin secara mengejut atau secara beransur-ansur. |
tritocerebrum | Tritoserebrum | Biologi | Entomologi | Bahagian posterior otak serangga yang dibentuk oleh ganglion segmen ketiga kepala. metaserebrum. |
cranium | kranium/tengkorak | Perubatan | Tiada | Tengkorak kepala yang terdiri daripada tulang oksipital, frontal, sfenoid, etmoid, parietal dan temporal yang melindungi otak. |
frontal ganglion | ganglion frons | Biologi | Entomologi | Ganglion median di dalam kepala serangga, yang letaknya betul-betul di depan otak dan dihubungkan dengan ganglion ventrikel pada bahagian belakang esophagus. Ganglion ini membentuk bahagian sistem visera atau simpati. ganglion frons. |
chaetosema | ketosema | Biologi | Entomologi | Organ deria yang terdapat di kepala Lepidoptera tertentu. Organ ini dibekalkan dengan bulu kejur dan sel deria yang dihubungkan kepada otak oleh saraf bermembran. |
cranial nerve | saraf kranium | Perubatan | Tiada | Kumpulan 12 pasang saraf yang bermula dari otak dan membekalkan struktur dan tisu pada leher dan kepala. |
depressed fracture | fraktur tertekan | Perubatan | Tiada | Retak tengkorak yang mengakibatkan tulang tengkorak tertekan ke dalam kepala, yang seterusnya dapat menjejaskan fungsi otak. |
cerebrum | serebrum | Veterinar | Praklinikal | Serebrum terdiri daripada bahagian atas otak depan. Serebrum termasuk korteks serebrum; kawasan berlingkar atau berkedut serebrum dan jirim putih. Serebrum terbahagi kepada dua hemisfera yang nampak sama bentuk tetapi berlainan fungsi. Setiap hemisfera serebrum dibahagikan lagi kepada lobus dan setiap lobus dinamakan mengikut tulang kepala yang meliputinya. Kedua-dua hemisfera itu dipisahkan oleh lekah yang dalam dan dihubungkan oleh satu titian dalam yang dikenali sebagai korpus kalosum. Kortek serebrum terdiri daripada jasad sel neuron atau soma (jirim kelabu); dan korpus kalosum terdiri daripada gentian neuron atau akson (jirim putih). Serebrum bertanggungjawab terhadap fungsi otak tinggi dalam memproses maklumat penderiaan dan memulakan pergerakan. |