first edition | edisi pertama | Kesusasteraan | Tiada | Karya yang pertama kali dicetak dan diterbitkan. Pada halaman awalan, tercatat nama pengarang, tahun dan tempat diterbitkan, halaman hak cipta, International Standard Book Number (ISBN), pengkatalogan dalam penerbitan, judul penuh, judul separa dan sebagainya. Karya yang dimaksudkan meliputi karya kreatif seperti novelm kumpulan cerpen, drama atau puisi, dan karya bukan kreatif seperti karya umum atau kritikan. Edisi pertama tidak hanya merujuk kepada buku dan majalah, tetapi juga edisi akhbar yang pertama kali dicetak dan diterbitkan. |
F1 generation | generasi F1 | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Generasi dalam kalangan genetik dan pembiakan. Generasi F1 atau Generasi pertama mewakili generasi filial pertama atau hibrid F1 bagi haiwan yang terhasil daripada pengawanan silang jenis ibu bapa yang tidak mempunyai pertalian. |
minimum deposit policy | polisi deposit minimum | insurans | Tiada | Polisi insurans hayat dengan nilai tunai tahun pertama boleh dipinjamkan kepada insured setelah premium tahun pertama dibayar. Ini berlainan dengan polisi biasa lain yang belanja tahun pertama tinggi menyebabkan pinjaman tidak dapat diberi. |
first surplus reinsurance | reinsurans surplus pertama | insurans | Tiada | Amaun pertama yang melebihi had bendungan syarikat insurans asal yang diperuntukkan kepada reinsurer. |
first surplus treaty (reinsurance) | triti surplus pertama (reinsurans) | insurans | Tiada | lih. reinsurans surplus pertama. |
index patient | pesakit pemula | Kesihatan Awam | Tiada | Pesakit yang pertama dilaporkan dalam epidemik sesuatu penyakit berjangkit dalam sesuatu populasi, kawasan atau keluarga, atau pesakit yang pertama direkodkan dalam kajian epidemiologi. |
initial core | teras mula | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Tatarajah teras untuk reaktor yang pertama kali dimuati bahan api bagi mencapai kegentingan yang pertama atau kendalian normal. |
pantoum | pantun | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang ketat konvensinya. Pantun kebanyakannya terdiri daripada empat baris satu rangkap. Dua baris pertama sebagai pembayang maksud dan dua baris seterusnya sebagai maksud. Pantun yang sedemikian disebut sebagai pantun empat kerat. Terdapat juga pantun enam, lapan, sepuluh, dan dua belas kerat. Pantun terpendek ialah pantun dua kerat dengan baris pertama sebagai pembayang dan baris kedua sebagai maksud. Selain itu, terdapat juga bentuk pantun yang menarik dan disebut sebagai pantun berkait. Dalam pantun berkait, baris kedua dan keempat pada rangkap pertama menjadi baris pertama dan ketiga untuk rangkap seterusnya. Pantun berkait boleh terdiri daripada berbelas-belas rangkap dengan tema yang berurutan. Setiap rangkap pantun boleh berdiri sendiri dan mengandungi unit makna yang utuh, kecuali pantun berkait yang maknanya berkembang mengikut rangkap yang lain. Baris pantun terdiri daripada tiga atau empat patah perkataan dengan pola rimanya, a,b,a,b, dan setiap patah perkataan terdiri daripad 3-4 suku kata dengan suku katanya antara 7�12. Baris pantun disusun dengan pola rima hujungnya: a,b,a,b, kecuali pantun dua kerat yang memperlihatkan pola rima a,a. Pantun yang baik harus memperlihatkan pola rima dalaman (a ,b, a, b). Bentuk barisnya yang terikat kepada suku kata dan pola rima yang tegar memerlukan pemilihan kata-kata yang bernas dan bijak. Pantun dianggap sebagai puisi Melayu asli dengan ciri-ciri bentuk yang amat unik dan indah. Contoh pantun yang baik adalah seperti yang berikut: Pulau Pandan/Jauh ke tengah, rimanya, a/a (9 suku kata) Gunung Daik/bercabang tiga; rimanya, b/b (9 suku kata) Hancur badan/dikandung tanah, rimanya, a/a (9 suku kata) Budi baik/dikenang juga. rimanya, b/b (9 suku kata) Keindahan pantun terletak pada penggunaan imageri dalam baris pembayang maksudnya. Pembayang maksud selalunya menggunakan imej alam semula jadi sebagai metafora dan perbandingan. Pantun menggarap pelbagai tema, antaranya pantun nasihat, adat, agama, percintaan, didaktik, falsafah, kesateriaan dan sebagainya. Pantun merupakan puisi tradisional yang paling popular, masih terus hidup dan dicipta sehingga ke hari ini. |
beginning rhyme | rima awal | Kesusasteraan | Puisi | Penggolongan bunyi yang terdapat pada suku kata ataupun perkataan di pangkal setiap baris pertama, kedua, ketiga dan seterusnya dalam sesebuah puisi. Pengulangan ini mungkin wujud pada suku kata ataupun perkataan pertama, seperti dalam pantun di bawah . Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi ; Kalau ada umur panjang, Boleh kita berjumpa lagi. |
labour | pelahiran | Kejururawatan | Tiada | Proses kelahiran kandungan melalui faraj. Proses ini terbahagi kepada tiga peringkat yang berlaku secara berterusan. Peringkat pertama bermula dengan pengkontraksian rahim secara tetap sehingga pendilatan serviks sepenuhnya. Peringkat kedua pula bermula dari akhir peringkat pertama sehingga keluarnya bayi. Peringkat ketiga bermula dari keluarnya bayi sehingga keluarnya uri dan membran. |