jatuh bebas | free fall | Gerakan suatu jasad yang dipengaruhi oleh berat (daya graviti) yang merupakan satu-satunya daya yang bertindak ke atasnya. | Menengah Atas |
meteor | meteor | Serpihan meteoroid yang jatuh memasuki atmosfera bumi. Meteor yang jatuh bergeser dengan gas-gas di atmosfera. Meteor tersebut akan terbakar dan menghasilkan garis cahaya. Meteor dikenali juga sebagai tahi bintang. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
meteorit | meteorite | Meteor atau komet yang jatuh ke permukaan bumi. | Menengah Rendah |
meteorit | meteorite | Meteor yang tidak terbakar dan jatuh ke atas tanah membentuk kawah. Kandungannya ialah 90 peratus batu dan bakinya mengandungi nikel dan besi. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
tiub debunga | pollen tube | Tiub yang terbentuk apabila debunga jatuh ke atas stigma dan bercambah ke bawah menerusi stil untuk membawa gamet jantan kepada ovul. | Menengah Atas |
pecutan graviti | acceleration due to gravity | Pecutan objek yang disebabkan oleh daya tarikan bumi. Ia dikenali juga sebagai pecutan jatuh bebas atau pecutan medan graviti, dan bernilai 9.8 ms-2. | Menengah Atas |
meteoroid | meteoroid | Serpihan batu kecil yang terapung dan bergerak di angkasa lepas. Apabila meteoroid menghampiri bumi, tarikan graviti bumi menyebabkan meteoroid jatuh ke arah bumi. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
gerhana bulan | eclipse of the moon | Kejadian apabila bumi berada di antara bulan dan matahari dalam satu garis lurus. Bayang bumi jatuh ke atas bulan dan bulan akan kelihatan gelap. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |