derang II | bunyi spt bunyi pinggan mangkuk jatuh (duit syiling jatuh dll). berderang berbunyi spt bunyi pinggan mangkuk jatuh (duit syiling jatuh dll): Apabila tali ditarik, tin itu pun ~ dan larilah burung dr sawah itu. menderang mengeluarkan bunyi spt bunyi pinggan mangkuk jatuh dll. | Kamus Pelajar |
colok III | Mn celup; jatuh (turun) ~ ki jatuh (turun) darjat (kedudukan dll), jatuh miskin; mencolok mencelup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelincir | menggelincir bergerak dgn tidak sengaja dan jatuh atau hampir-hampir jatuh kerana licin dsb; tidak dpt menetapkan kedudukan (gerakannya) kerana licin dll. menggelincirkan menyebabkan menggeluncur. tergelincir 1. terdorong kerana licin dll; tergeluncur: Dia jatuh ~ kerana terpijak kulit pisang. 2. mula turun (ttg matahari). 3. ki terlepas cakap; telah terlanjur mengatakan sesuatu. gelinciran retak pd kerak bumi (batu-batan) yg menyebabkan muka bumi terangkat atau terturun. penggelinciran pengangkatan atau penurunan muka bumi kerana berlaku keretakan pd kerak bumi (batu-batan). | Kamus Pelajar |
jatuh (turun) colok | ki jatuh (turun) darjat (kedudukan dll), jatuh miskin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dembam | bunyi spt bunyi buah nyiur jatuh dsb; berdembam jatuh dgn berbunyi dembam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berderang | berbunyi spt bunyi pinggan mangkuk jatuh (duit syiling jatuh dll): Apabila tali ditarik, tin itu pun ~ dan larilah burung dr sawah itu. | Kamus Pelajar |
bangun I | 1. bangkit (drpd duduk, tidur, dll): sekali jatuh, sekali ia ~; jatuh ~ ki kegagalan dan kejayaan seseorang (sesebuah negeri dsb); 2. jaga (drpd tidur), bangkit: pagi-pagi aku ~; 3. jaga (tidak tidur): ketika awak pulang saya masih ~; 4. siuman (drpd pengsan): setelah pengsan, ia tidak ~ lagi; 5. sedar, insaf (akan kedudukannya): pd masa ini, bangsa Afrika sudah mulai ~; 6. bangkit, muai (adunan): tepung ini tidak mahu ~; 7. menjadi cair (minyak yg beku): panaskan minyak ini supaya ~;membangun 1. bangun berdiri, bangkit, naik (awan dll): pelangi ~; 2. berkembang dan meningkat maju: negara-negara yg sedang ~;membanguni 1. sl bangun drpd tidur utk melakukan sesuatu tindakan; 2. Jk membangunkan (dr tidur);membangunkan 1. menyuruh seseorang yg sedang tidur supaya bangun, membangkitkan, menggerakkan, mengejutkan: setiap hari ibunya ~nya pd pukul enam pagi; 2. menyebabkan seseorang yg sedang tidur terjaga (kerana bising, diganggu, dsb), membangkitkan, mengejutkan: dentuman yg kuat itu ~nya drpd tidur; 3. membina, mendirikan, membuat: bendahara bermesyuarat hendak ~ kapal akan kenaikan raja; bandar itu dibangunkan di atas kawasan yg mengandungi bijih; mengutip derma utk ~ madrasah; 4. membuat supaya membangun (maju dan berkembang), membina, memajukan: ~ negara; ~ bangsa;5. membuat supaya wujud (timbul, datang) sesuatu perasaan: ~ minat; ~ hasrat utk berdikari;terbangun terjaga drpd tidur dgn tiba-tiba (kerana terkejut, bising, dll): dia ~ apabila mendengar orang mengetuk-ngetuk pintu rumahnya;bangunan sesuatu yg dibangunkan (spt gedung, rumah, kedai, dll): ~ lama;kebangunan kebangkitan, keinsafan, kesedaran: ~ Tanah Melayu menghasilkan kemerdekaan;pembangunan 1. perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan, perkembangan, dsb); 2. usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan): ~ luar bandar; ~ sistem;pembangun orang yg membangunkan, pembina. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggelangsar | 1. bergerak dgn lancar; meluncur. 2. jatuh ke muka; menggelincir jatuh. | Kamus Pelajar |
derang I | bunyi spt bunyi gendang besar atau tambur atau bunyi pinggan mangkuk (duit syiling dsb) jatuh; berderang, menderang berbunyi spt bunyi gendang besar (tambur dll), berbunyi spt bunyi pinggan mangkuk dsb jatuh: bunyi barang-barang kaca jatuh ~ dan bunyi kerusi meja jatuh terbalik, legum-legam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menderang | berbunyi spt bunyi gendang besar (tambur dll), berbunyi spt bunyi pinggan mangkuk dsb jatuh: bunyi barang-barang kaca jatuh ~ dan bunyi kerusi meja jatuh terbalik, legum-legam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |