fishing on the drop | sambar jatuh | Perikanan | Tiada | Teknik memancing dengan menggunakan umpan yang jatuh secara perlahan-lahan ke dalam air. Ikan yang mempunyai tabiat menyambar akan menyambar umpan sebelum umpan jatuh ke dasar air. |
recession | kemerosotan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan ekonomi sesebuah negara yang sedang mengalami kemerosotan atau kegawatan. Dalam keadaan ini, pendapatan negara jatuh dengan ketara, tingkat eksport negara merosot, nilai wang jatuh, kadar kemiskinan dan stagflasi bertambah. Aktiviti perniagaan menjadi lemah apabila semakin banyak perniagaan terpaksa ditutup kesan daripada pulangan yang tidak memberangsangkan. Pertambahan bilangan peniaga yang bankrap menyebabkan kadar pengangguran dan pemberhentian pekerja meningkat. Keadaan ini memberi impak kepada perkembangan politik sesebuah negara. Contohnya, kemelesetan ekonomi Asia pada tahun 1997- 1998 telah mencetuskan krisis politik dalaman negara Indonesia dan Malaysia. Sinonim kemelesetan. |
velocity, fall syn. velocity, terminal | halaju jatuh | Hidrologi | Tiada | Halaju akhir jatuhan zarah pepejal dalam air atau udara atau halaju akhir jatuhan titisan hujan di udara. (CID) |
settling velocity | halaju pengenapan | Hidrologi | Tiada | Halaju jatuh penamat yang dapat menyebabkan terjadinya pemendapan pepejal terampai. |
falling water | air jatuhan | Landskap | Tiada | Air yang jatuh dari kolam tinggi ke kolam rendah seperti air terjun dan air lata yang terdapat di taman atau di dalam bangunan. |
channel precipitation | kerpasan alur | Hidrologi | Tiada | Kerpasan yang jatuh terus di permukaan air dalam alur. |
waterfall | air terjun | Landskap | Tiada | Air yang mengalir dan jatuh dari tempa! tinggi seperti bukit, gunung, bangunan dan sebagainya. Air ini mengeluarkan bunyi yang kuat apabila menghentam takungan air di bawahnya. |
deflation | deflasi | Ekonomi | Tiada | Keadaan apabila tingkat harga umum jatuh secara berterusan untuk beberapa waktu. Deflasi biasanya dikaitkan dengan penguncupan penawaran wang dan kredit, dan selalunya terjadi semasa penguncupan ekonomi. |
avalan�che | avalanche | Hidrologi | Tiada | Jisim salji dan ais yang jatuh serta-merta menurun lereng gunung dan biasanya menurunkan sama tanah, batu dan semua jenis kelikir. (WMO) |
hydrometeor | hidrometeor | Hidrologi | Tiada | Zarah air cecair atau pepajal yang jatuh menerusi atmosfera atau terampai di dalamnya. |