[me.num.bang.kan] | منومبڠکن
Definisi : 1. menjadikan tumbang (pokok yg besar-besar dll), meruntuhkan, merobohkan: pokok yg akarnya tidak kuat, mudah sahaja ditumbangkan oleh ribut; 2. ki menjadikan runtuh atau roboh (kerajaan, negara, dll), menghancurkan, memusnahkan: pelajar-pelajar yg pd mulanya mengikut saja apa kata pemerintahnya akhirnya melawan balik ~ kerajaan; berbagai-bagai cara musuh-musuhnya mencari jalan utk ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.num.bang.kan] | منومبڠکن
Definisi : 1 menjadikan tum- bang atau rebah; merebahkan. 2 merobohkan sesuatu kerajaan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)