[sa.bur] | سابور
Definisi : 1. = ~ limbur bercampur baur (kerana orang terlalu ramai dll), tidak keruan, haru-biru: maka di dlm ~ itu disendal oleh kepetangan itu keris Tun Bija Sura; 2. = ~ limbur tidak begitu terang, samar-samar; menyabur 1. masuk di celah-celah orang banyak, masuk bercampur dgn orang banyak; 2. menyamar diri di kalangan musuh; sabur-menyabur kelam-kabut, serbu-menyerbu: maka Yamtuan Muda pun mangkatlah di situ sebab kerana ~ orang beramuk-amuk itu; menyaburkan 1. menjadikan kelam-kabut (tidak keruan, berkacau-bilau, dll); 2. menjadi-kan samar-samar (kabur, tidak terang), me-nyuramkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)