Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tua] | توا

Definisi : 1. sudah lama hidup, sudah lanjut usia (tidak muda lagi), sudah berumur: ibunya sudah ~, sudah berumur 60 tahun; anak dara ~ anak dara yg agak lanjut umurnya; bujang ~ teruna yg agak lanjut umurnya; hari (masa) ~ masa ketika umur sudah lanjut; orang ~ a) orang yg sudah lanjut usianya; b) ayah; c) ibu bapa; d) kepala keluarga; orang ~-~ orang yg dianggap sudah lanjut usianya dan luas pengetahuannya; 2. lebih umur (drpd): ia ~ tiga tahun drpd adiknya; kakak ~ kakak sulung; mak ~ saudara perempuan ibu atau bapa kita yg tua sekali; pak ~ saudara laki-laki ibu atau bapa kita yg tua sekali; saudara ~ saudara yg umurnya lebih drpd umur kita; 3. sudah lama (lwn baru), sudah ada sejak masa lampau (dahulukala), kuno: saya sudah ~ di dlm kesatuan ini; Bandar Melaka sebuah bandar yg ~; barang-barang ~ lama (sudah dipakai); besi ~ a) besi yg sudah lama (sisa barang-barang; b) besi yg mempunyai tuah atau khasiat; faham ~ faham lama (lwn faham baru atau moden); harta ~ harta pusaka (warisan); 4. = tua-tua ki kepala, pemimpin, penghulu (orang yg tua yg dianggap ber-pengetahuan dan berpengalaman): ~ kam-pung ini menjalankan undang-undang adat sbg seorang pengadil mahkamah; ~ dagang Id kepala pedagang; ~ kampung penghulu kampung; ~ rumah kepala keluarga (isi rumah); 5. ki sudah larut (malam): malam sudah ~ dan keadaan di bandar makin sunyi; 6. bertuah, berkhasiat (bkn senjata lama dll): wali ~nya masih kukuh terselit di pinggang; 7. sudah hampir masak dan boleh dipetik (buah-buahan dll): jangan dipetik buah itu kerana belum cukup ~; 8. sudah mendidih atau masak (air, minyak, dll): biarkan minyak itu ~ dahulu baru dimasuk­kan ikan ke dlm kuali; 9. agak kehitam-hitaman (lwn cerah), pekat (warna): biru ~; merah ~; warna ~ warna yg tidak cerah; 10. baik mutunya, hampir tulen (emas): emas ~; ~ bangka = ~ bengkok bk (orang yg) sangat tua (tetapi buruk perangainya); ~ cendawan orang yg berumur tetapi tidak bijak; ~ ganyut sangat tua; ~ kejemur Jk, bk (orang yg) sudah tua (tetapi bodoh atau berperangai buruk); ~ keladi a) orang yg tua tetapi tidak sedarkan diri (berperangai buruk, gila perempuan, dll); b) Kl orang tua yg mempunyai banyak anak; ~ kotai (orang yg) sangat tua; ~ kutuk bk = ~ lara orang tua yg buruk perangainya; ~ leler = ~ lontok = ~ renta (orang yg) sangat tua dan lemah; ~ nipah Kl (orang yg) tua dan bodoh; ~ nyanyuk sudah tua dan bercakap yg bukan-bukan; ~ teberau Kl (orang yg) sangat tua dan lemah otaknya; ~ tebu (orang yg) semakin tua semakin cergas; bandar terbuka dagangan murah, badan sudah ~ prb sudah terlambat; berdengking si ~ memekik, mustahil akan menggigit jema prb orang yg terlalu marah yg hanya meme­kik-mekik sahaja (tidak berani memukul dll); sudah ~ dr kakak, sudah cerdik dr mamak prb anak muda yg takbur (tidak mahu ber­muafakat lagi dgn keluarganya dlm sesuatu pekerjaan); orang ~ diajar makan pisang prb sia-sia mengajar orang yg sudah pandai; tua-tua 1. tua (kepala, pemimpin, pembesar, penasihat, dll): siapa nama ~ mereka? 2. = tetua bintik-bintik hitam pd muka atau pipi; 3. sungguhpun sudah tua, tetapi...: ~ masih sihat; ~ keladi = ~ kelapa makin tua makin baik; bertua-tua Mn 1. = bertua-tuaan meng­ikut umur (yg tua dahulu, yg muda kemudian); 2. bersuami isteri sampai tua; menua menjadi tua: hanya ada pd orang-orang yg telah ~; menuakan 1. menjadikan tua: ~ buah di pokok; ~ diri; ~ emas; ~ warna; 2. menge­palai, memimpin; 3. memilih (mengangkat, melantik) sbg tua-tua (kepala dll); 4. menyifatkan (memandang) lebih tua (drpd), mengakui sbg orang tua (yg perlu dihormati dsb): yg tua kita tuakan, yg muda pula haruslah menga-lah; 5. mengahwinkan; tertua 1. yg paling tua: bentuk puisi bertulis yg ~ sekali dlm bahasa Melayu terdapat pd batu nisan yg dijumpai di Minye Tujuh, Acheh; 2. lebih tua (berumur): Abdul Rahim ~ dua tahun drpd Amin; ketua pemimpin, kepala; ketuaan 1. sudah terlalu tua (sangat lanjut umurnya); 2. perihal tua (sudah berumur): tidak ketara ~ usianya, malah ia masih gagah dan kukuh; ketua-tuaan spt seorang tua-tua (ketua): dia bercakap dgn gaya ~ menasihati mereka; pengetua 1. tua-tua (pemimpin, kepala, dll): hambalah ~nya sekalian mereka itu; ~ Maktab Perguruan; 2. Mn penghulu yg paling tua; penuaan proses menjadi (atau menjadikan) tua. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tua] | توا

Definisi : ; burung ~ pulih sj burung, Malacopteron c. cinereum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tua] | توا

Definisi : 1 sudah lama hidup; tidak muda lagi; sudah berumur: Neneknya sudah ~. 2 lebih umur (drpd): Anaknya ~ tiga bulan drpd anak jirannya. mak ~ saudara perempuan yg sulung kpd ibu atau kpd bapa. 3 sudah lama; tidak baru lagi; sudah ada sejak dahulukala lagi: Kerisnya ~ tetapi masih berharga. 4 sudah masak atau sudah boleh di­petik (ttg buah-buahan): Buah nangka itu sudah ~. 5 agak hitam; kehitam-hitam­an warnanya; lw cerah: merah ~. ~ bangka orang yg sangat tua tetapi tidak senonoh kelakuannya. ~ ganyut sangat tua. ~ keladi orang yg tua tetapi tidak sedar diri kerana buruk perangai, gila perempuan dll. menuakan 1 menjadikan tua: ~ emas. 2 memandang atau menyifatkan lebih tua drpd. tertua 1 yg paling tua: Buku inilah yg ~ dlm perpustakaan ini. 2 lebih tua: Ahmad ~ dua tahun drpd Hassan. ketuaan sifat atau keadaan tua. ketua pemimpin sesuatu kumpulan; kepala: Abdullah telah dilantik menjadi ~ darjah. pengetua kepala atau ketua sesuatu maktab (kolej dll): Encik Sanusi menjadi ~ Dewan Latihan itu. Yang Dipertua yg dijadikan ketua (sesuatu persatuan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tua (adjektif)
1. Bersinonim dengan berumur: sudah lanjut usia, sudah baya, sudah berubah, sudah bongkok, berida, tua ganyut, tua leler, tua lontok, tua renta, tua nyanyuk, gae, gayu,
Berantonim dengan muda

2. Bersinonim dengan lama: kuno, ketinggalan zaman, purba, silam, usang, lusuh, lapuk, uzur, primitif, arkaik,
Berantonim dengan baru

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan malam, larut, jauh malam,

4. Dalam konteks buah
bersinonim dengan hampir masak, masak, ranum,
Berantonim dengan muda

5. Dalam konteks warna
bersinonim dengan gelap, pekat,
Berantonim dengan muda

6. Dalam konteks emas
bersinonim dengan baik, tulen, jati, murni,
Berantonim dengan lancung

Kata Terbitan : tua-tua,

Puisi
 

Dari cempedak baik nangka,
     Nangka panjang tangkainya;
Dari budak baik orang tua,
     Orang tua panjang akalnya.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Tua-tua keladi,
     makin tua makin jadi.

Bermaksud :

Makin tua makin banyak pengalaman; orang tua yang kemuda-mudaan.

 

Lihat selanjutnya...(75)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
mereceh taik[m«.Ä«.tSeh tA.i/] membuang najis di merata tempat. Misalnya dilakukan oleh orang tua yang telah uzur atau anak-anak kucing.Orang tue tu dah mereceh taik, ari-ari kene beresehkan.[o.ÄAN tu.w« tu dAh m«.Ä«.tSeh tA.i/ A.Äi.A.Äi k«.n« b«.Ä«.seh.kAn]Orang tua itu dah mereceh taik, hari-hari perlu dibersihkan.
sembe[s«m.be]kata adjektifsedikit.Orang tue bukan makan sangat, sembe dah cukop.[o.ÄAN tu.w« bu.kAn mA.kAn sA.NAt s«m.be dAh tSu.kop]Orang tua bukan makan sangat, sedikit sudahcukup.
sondak[son.dA/]kata kerjamenoreh bahagian-bahagian atas pada pokok getah tua mengikut sesuka hati; potong pajak.Sebelom tebang, baek kite sondak.[s«.b«.lom t«.bAN bAe/ ki.t« son.dA/]Sebelum tebang, baik kita kita sondak.
tepelanteng[t«.p«.lAn.teN]kata kerjamemberi barang-barang atau wang kepada seseorang atas dasar belas kasihan.Takde le kau tepelanteng orang tue tu singget due.[tA/.d« l« kAw t«.p«.lAn.teN o.ÄAN tu.w« tu siN.get du.w«]Tidak bolehkah engkau beri orang tua itu wang seringgit atau dua ringgit.
menyiak[m«.øi.jA/]kata namasuatu kepercayaan lama dalam aktiviti penanaman padi. Sewaktu padi hampir berbunga, beberapa orang perempuan tua berumur sekitar 50 dan 60 tahun akan berbogel dan berlari-lari anak di atas batas sawah sewaktu masuk waktu maghrib. Tujuannya bagi menjauhkan serangga dan musuh tanaman lain seperti tikus daripada merosakkan pokok-pokok padi.Musem ni, kau dah menyiak?[mu.sem ni kAw dAh m«.øi.jA/]Musim ini, engkau sudah menyiak?
mengangkop[m«.NAN.kop]kata adjektifberkenaan orang atau haiwan yang tercungap-cungap kerana sangat keletihan atau sakit teruk, nazak atau tidak cukup udara.Napas pon dah mengangkop, tak de harapan le orang tue tu.[nA.pAs pon dAh m«.NAN.kop tA/ d« hA.ÄA.pAn l« o.ÄAN tu.w« tu]Nafas pun sudah mengangkop, tidak ada harapanlah orang tua itu.
mengkal-mengkel[m«N.kAl.m«N.kel]kata tugaskeadaan melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.Orang tue tu mengkal-mengkel nyangkol kat kebon, anak die siket tak tolong.[o.ÄAN tu.w« tu m«N.kAl.m«N.kel øAN.kol kAt k«.bon A.nA/ di.j« si.ket tA/ to.loN]Oorang tua itu menyangkul bersungguh-sungguh di kebun, anaknya sedikit pun tak menolong.
potong pajak[po.toN pA.dZA/] menoreh bahagian-bahagian atas pokok getah tua mengikut sesuka hati; sondak.Tak lame lagi pokok getah nak kene tebang, baek aku potong pajak aje.[tA/ lA.m« lA.gi po.ko/ g«.tAh nA/ k«.n« t«.bAN bAe/ A.ku po.toN pA.dZA/ A.dZ«]Tidak lama lagi pokok getah hendak ditebang, baik aku potong pajaklah.

Kembali ke atas