Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tua.tua] | توا٢

Definisi : 1. tua (kepala, pemimpin, pembesar, penasihat, dll): siapa nama ~ mereka? 2. = tetua bintik-bintik hitam pd muka atau pipi; 3. sungguhpun sudah tua, tetapi...: ~ masih sihat; ~ keladi = ~ kelapa makin tua makin baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tua (adjektif)
1. Bersinonim dengan berumur: sudah lanjut usia, sudah baya, sudah berubah, sudah bongkok, berida, tua ganyut, tua leler, tua lontok, tua renta, tua nyanyuk, gae, gayu,
Berantonim dengan muda

2. Bersinonim dengan lama: kuno, ketinggalan zaman, purba, silam, usang, lusuh, lapuk, uzur, primitif, arkaik,
Berantonim dengan baru

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan malam, larut, jauh malam,

4. Dalam konteks buah
bersinonim dengan hampir masak, masak, ranum,
Berantonim dengan muda

5. Dalam konteks warna
bersinonim dengan gelap, pekat,
Berantonim dengan muda

6. Dalam konteks emas
bersinonim dengan baik, tulen, jati, murni,
Berantonim dengan lancung

Kata Terbitan : tua-tua,

Puisi
 

Dari cempedak baik nangka,
     Nangka panjang tangkainya;
Dari budak baik orang tua,
     Orang tua panjang akalnya.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Tua-tua kelapa,
     makin tua berminyak.

Bermaksud :

Meskipun tua, tetapi baik (lebih enak dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(75)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mana yang betul; orang tua-tua/orang-orang tua1.orang tua-tua membawa maksud orang-orang lama yang merujuk pengalaman atau petua orang-orang lama. 2.orang-orang tua pula merujuk golongan warga emas.Tatabahasa12.09.2007
Yang mana betul ungkapan berikut : i. kata orang-orang tua ii kata orang tua-tua1.orang tua-tua membawa maksud orang-orang lama yang merujuk pengalaman atau petua orang-orang lama. 2.orang-orang tua pula merujuk golongan warga emas.Makna02.02.2017
ingin mengetahui perbezaan di antara:- Orang tua-tua dan orang-orang tua. terima kasih

Kata ganda yang betul ialah orang-orang tua (bukan orang tua-tua) merujuk kepada ramainya orang tua yang ada.

Tatabahasa31.10.2009
sila bezakan'orang tua-tua' dengan 'orang-orang tua'!Sila sertakan ayat-ayatnya agar memudahkan pemahaman

Frasa "orang tua" ialah kata majmuk. Apabila kita menggandakan kata majmuk hanya perkataan pertama digandakan, maka terhasillah orang-orang tua seperti Rumah Orang-orang Tua.  Orang tua-tua pula merujuk pada orang yg dianggap sudah lanjut usianya dan luas pengetahuannya. Contoh ayat: Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan.

Tatabahasa26.03.2014
tuan pandangan orang tua-tua harus diambil kira dan ditimbang sebelum sebarang tindakan diambil. tuan, mengikut jawaban buku, ditimbang adalah salah. tetapi saya merujuk kamus bahawa menimbangkan sama dengan menimbang maka, saya kekeliruan bahawa sama ada ayat itu betul atau tidak. tq

Merujuk Kamus Dewan, salah satu makna menimbangkan ialah menimbang, iaitu memikirkan (merenungkan) dengan teliti akan baik buruk sesuatu. Berdasarkan makna tersebut, ayat itu betul.

Tatabahasa19.09.2011
~melawat ke rumah orang tua ~melawat ke rumah-rumah orang tua ~melawat ke rumah orang-orang tua ~melawat ke rumah orang tua-tua ~melawat rumah orang tua ~melawat rumah-rumah orang tua ~melawat rumah orang-orang tua ~antidadah ~anti-dadah ~anti dadah ~anti-Amerika ~anti Amerika ~antiAmerika ~melawat rumah orang tua-tua YG MANA BETUL TATABAHASANYA?Orang tua membawa maksud orang yang sudah tua dan orang tua juga boleh bermaksud ibu bapa. Oleh itu, frasa "melawat ke rumah orang tua" boleh membawa dua makna tersebut dan frasa "melawat ke rumah orang-orang tua" bermaksud melawat ke rumah orang yang sudah tua. Kata melawat perlu diikuti kata sendi nama ke kerana dihadapannya ialah tempat, iaitu rumah orang tua/rumah orang-orang tua.
Ejaan yang betul ialah antidadah dan anti-Amerika. Perkataan anti ialah awalan asing yang bersambung terus dengan perkataan yang mengikutinya kecuali kata nama khas seperti anti-Amerika dan anti-Yahudi.
Tatabahasa06.10.2012
contoh pepatahPepatah bermaksud peribahasa yang mengandungi nasihat, ajaran orang tua-tua dll.. Cth. biar lambat asal selamat.Makna05.04.2008
Rumah orang-orang tua atau rumah orang tua-tua? Sila jelaskan.Yang betul ialah rumah orang-orang tua atau memadai dengan rumah orang tua.Tatabahasa03.01.2012
Yang mana betul, Rumah Orang-orang Tua atau Rumah Orang Tua-tua. Terima kasih.Yang betul ialah Rumah Orang-orang Tua.Tatabahasa11.09.2009
mana satu yang betul antara 'RUMAH ORANG-ORANG TUA' atau 'RUMAH ORANG TUA-TUA'?Frasa yang betul ialah "Rumah Orang-orang Tua".Tatabahasa06.09.2011
12345678910...

Kembali ke atas