Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak tersusun (teratur), campur baur, campur aduk: susunan kad itu ~; 2. kusut, tidak berketentuan, tidak teratur, tidak ten­teram: fikirannya ~; 3. huru-hara, tidak aman, tidak tenteram: pemimpin-pemimpin Perikatan menenteramkan keadaan ~ di Singapura; ~ daun mengganggu urusan peribadi, ketenangan, keselesaan dsb, orang lain; 4. = berkacau; berkacau 1. bercampur baur, bergaul betul: tunggu sampai cat itu sudah ~ benar; 2. ber­campur aduk (dgn hal-hal lain), berkecamuk, tidak kemas dan teratur: suasana pd masa itu ~ dgn soal perkauman; fikirannya ~; mengacau 1. menggaul sampai berkacau, mengaduk: ~ air kopi; 2. menjadikan kacau (tidak teratur, tidak aman, dll), menimbulkan huru-hara (kesulitan dll): ~ ketenteraman; 3. merunsingkan (fikiran, perasaan): ~ fikiran; anaknya ~ hatinya; mengacaukan 1. menjadikan bercampur (bergaul) betul; 2. menjadikan berkacau dgn hal-hal lain; 3. mengacau, menimbulkan keadaan yg kacau: satu pembaikan yg agak luas mempengaruhi sistem ejaan baru ini ialah dr segi keselarasan vokal yg dahulunya hal ini amat ~; memperkacaukan menjadikan berkacau; kacauan (sesuatu) yg bercampur aduk: bahasa Melayu pasar ialah bahasa ~; kekacauan keadaan kacau, keadaan tidak teratur (tidak aman dsb), kejadian yg merosak­kan (mengganggu) ketenteraman, kerusuhan: melawat tempat berlakunya ~; kepelbagaian ejaan utk satu bahasa tentulah menimbulkan ~ sahaja; pengacauan perihal mengacau; pengacau 1. (orang) yg mengacau, perusuh; 2. alat utk mengacau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~ tongkeng kelabu sj burung, Heteroscelus incanus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak teratur; tidak kemas: Susunan buku dlm almari itu ~ sekali. 2 keadaan tidak aman; keadaan kucar-kacir; huru-hara: Datuk Bandar dan orang-orang besar telah mula berbuat ~. 3 tidak tenteram; kusut (bkn fikiran, perasaan dll): Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah itu. berkacau bercampur betul: Cat itu sudah ~. mengacau 1 membancuh atau menggaul sesuatu sampai bercampur betul; mengaduk: Bapa menolong emak ~ dodol. 2 menimbulkan huru-hara; mengharukan (negeri); mengganggu keamanan dll: Negeri Melaka sedang dikacau pencuri. 3 menyebabkan fikiran (perasaan dll) menjadi tidak tenteram; mengusutkan: Kenangan itu sering ~ fikirannya. kekacauan keadaan kacau; kerusuhan: Selepas itu, tidak ada lagi ~ yg berlaku di negara itu. pengacau 1 orang yg membuat kacau; pengganggu keamanan dll. 2 alat (spt senduk) yg digunakan utk mengacau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; kacau-balau sangat kacau. mengacau-balaukan menjadikan (menyebabkan) kacau-balau atau kacau-bilau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; kacau-bilau sangat kacau. mengacau-bilaukan menjadikan (menyebabkan) kacau-bilau atau kacau-balau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kacau
1. Bersinonim dengan kusut
( bercampur aduk, tunggang-langgang, bercelaru, tidak teratur, kalut, tidak tersusun, tidak tertib, )
(adjektif:)
Berantonim dengan kemas

2. Bersinonim dengan gaul
( karih, karau, aduk, baur, campur, kacuk, timbuk, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan gelisah
( bingung, buncah, rusuh hati, )
(adjektif:)
Berantonim dengan tenang

4. Bersinonim dengan huru-hara
( haru-biru, gempar, gawat, honar, rusuh, ribut, heboh, kecoh, tidak tenteram, tidak aman, )
(adjektif:)
Berantonim dengan tenteram

Kata Terbitan : berkacau, mengacau, mengacaukan, kekacauan, pengacau,

Peribahasa

Menangguk dalam air keruh.

Bermaksud :

Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memancing di air keruh, b. Menahan jerat di tempat genting, c. Menahan [= memasang] lukah di penggentingan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Kacau Tiada2014978-967-0374-56-7
Jiwa kacau yang satu lagi Tiada2006978-983-42734-3-9

Kembali ke atas