DIET KUMPULAN LANJUT USIA | Diet kumpulan lanjut usia ialah pengambilan, pengawalan dan penyediaan makanan bagi golongan tua atau lanjut usia. | PEMAKANAN | Kaedah |
DODOI | DODOI, sejenis lagu rakyat yang dinyanyikan khusus untuk kanak-kanak. Biasanya dodoi didendangkan oleh ibu atau golongan tua untuk menidurkan anak di dalam buaian. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
SI BONGKOK TANJUNG PUTERI | SI BONGKOK TANJUNG PUTERI, drama karya Shaharom Hussain. Buku drama ini diterbitkan oleh Pustaka Melayu, Singapura pada tahun 1961. Si Bongkok Tanjung Puteri mengambil kisah sejarah tempatan yang telah diceritakan secara lisan oleh golongan tua berdasarkan kejadian yang sebenar berlaku kira-kira 150 tahun lalu di negeri Johor. Ia adalah satu cerita yang berhubung rapat dengan sejarah Tanjung Puteri (kini Johor Bahru) dan sejarah Temenggung Daing Ibrahim, pemerintah ketika itu, yang berusaha menghapuskan ancaman lanun di perairan Johor dan Singapura. Cerita yang digarap berdasarkan sejarah ini telah digubah dan disusun serta dipentaskan dengan tujuan untuk perkembangan seni drama Melayu. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
MONSIGNOR | Monsignor ialah gelaran kehormat yang diberikan kepada golongan paderi dari Gereja Roman Katolik. Perkataan ini berasal daripada perkataan Itali monsignore yang bermakna My Lord dan dipendekkan sebagai Msgr. Kardinal tidak dipanggil Monsignor tetapi orang tua-tua (patriarch), ketua biskop, biskop dan orang yang terlibat dengan keluarga paus, diberi gelaran ini. Pada kebiasaannya, biskop dan ketua biskop dipanggil Tuan Yang Terutama atau “Your Excellency” walaupun kadang-kadang ketua biskop boleh juga dipanggil “Your Grace”. | UMUM | |
KAUM MUDA-KAUM TUA | KAUM MUDA-KAUM TUA, dua garis fahaman keagamaan di Nusantara. Golongan Kaum Muda-Kaum Tua di Nusantara muncul pada dasawarsa pertama abad ke-20. Golongan Kaum Tua berpegang pada pemikiran dan amalan tradisional dan golongan Kaum Muda pula menginginkan pembaharuan yang tidak dikongkong oleh tradisi yang ada dari sudut permasalahan agama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
BAJU KURUNG | BAJU KURUNG, pakaian tradisional orang Melayu di Semenanjung Malaysia. Baju ini dikenal juga sebagai baju melayu. Terdapat dua jenis baju kurung iaitu baju kurung teluk belanga dan baju kurung cekak musang. Baju ini sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tua dan muda, terutama untuk menghadiri majlis atau upacara rasmi. Selain itu, terdapat sejenis lagi baju kurung yang dipakai oleh wanita Melayu di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang yang dinamakan baju kurung kedah. Terdapat beberapa perbezaan kecil antara ketiga-tiga jenis baju kurung ini, iaitu dari segi potongan dan cara memakai. | BUDAYA | Pakaian |
GERAKAN ISLAH AWAL DI ASIA TENGGARA | GERAKAN ISLAH DI ASIA TENGGARA, gerakan pembaharuan Islam yang dipelopori oleh beberapa orang tokoh ulama yang memperjuangkan mazhab Syafie. Gerakan ini cuba menghapuskan aliran tradisional mazhabiyah, iaitu golongan yang berpegang kepada empat mazhab iaitu Mazhab Hanafi, Hambali, Maliki dan Syafie. Para pendukung gerakan ini digelar sebagai Kaum Muda oleh golongan tradisional, manakala golongan tradisional pula menggelar diri mereka sebagai Kaum Tua. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |