Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tua (adjektif)
1. Bersinonim dengan berumur: sudah lanjut usia, sudah baya, sudah berubah, sudah bongkok, berida, tua ganyut, tua leler, tua lontok, tua renta, tua nyanyuk, gae, gayu,
Berantonim dengan muda

2. Bersinonim dengan lama: kuno, ketinggalan zaman, purba, silam, usang, lusuh, lapuk, uzur, primitif, arkaik,
Berantonim dengan baru

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan malam, larut, jauh malam,

4. Dalam konteks buah
bersinonim dengan hampir masak, masak, ranum,
Berantonim dengan muda

5. Dalam konteks warna
bersinonim dengan gelap, pekat,
Berantonim dengan muda

6. Dalam konteks emas
bersinonim dengan baik, tulen, jati, murni,
Berantonim dengan lancung

Kata Terbitan : tua-tua,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DATO' SIAMANG GAGAP

DATO’ SIAMANG GAGAP (? - ?), pembesar Negeri Sembilan pada masa pemerintahan Yamtuan Antah (m.m. 1872-1889). Nama sebenarnya ialah Abdul Kahar bin Mukmin. Dia mendapat gelaran Dato’ Siamang Gagap daripada Yamtuan Antah, mengambil sempena kepercayaan orang tua-tua bahawa negeri yang terdapat siamang yang ‘gagap’ tidak akan dapat dikalahkan oleh musuh. Gelaran tersebut diberikan kerana keberanian dan sifat kepahlawanannya. Dia juga terkenal dengan panggilan Dato’ Imam Perang kerana mengetuai pasukan Yamtuan Antah ketika mempertahankan Seri Menanti daripada serangan British. Dato’ Siamang Gagap menjadi tempat rujukan Yamtuan Antah dalam urusan pemerintahan dan dia juga sangat dihormati rakyat jelata. Dia tidak pernah tunduk kepada tekanan British yang campur tangan dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran negeri.

1">    

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KALA JENGKING WHIP

Kala jengking whip ialah nama bagi kira-kira

75 spesies haiwan bak kala jengking.

Kebanyakannya berwarna merah tua dan

mempunyai badan leper memanjang dari 1.8

hingga 6.5 sentimeter.

UMUM 
PENGAMBILAN SARAWAK

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAMBILAN SARAWAK, penjajahan James Brooke di Sarawak (sebahagian wilayah Brunei) pada tahun 1841.  Sebelum itu Sarawak adalah daerah yang diberi oleh Kesultanan Melayu Johor (Singapura Tua) kepada Kesultanan Melayu Brunei setelah Awang Alak Betatar (Sultan Muhammad Syah) berkahwin dengan puteri Johor pada sekitar tahun 1360-an.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
ADJUTAN

Adjutan ialah nama dua spesies burung besar

dalam famili burung botak. Adjutan terdapat di India

dan Asia Tenggara. Adjutan besar tingginya kira-kira

1.5 meter, dan adjutan kecil setinggi sehingga 1.2

meter. Kedua-dua spesies burung ini mempunyai

badan berwarna putih, dan bahagian belakang dan

sayapnya berwarna kelabu tua.

UMUM 
OKAPI

Okapi ialah haiwan nadir yang hidup di hutan

tebal di sekitar lembangan Sungai Congo di

Afrika. Ia ditemui di sana oleh penjelajah Eropah

pada tahun 1900. Okapi tingginya kira-kira 1.5

meter pada paras bahu. Ia berkaitan dengan

zirafah, tetapi lehernya jauh lebih pendek. Badan

okapi berwarna perang berangan tua, mukanya

putih, pinggul dan kaki atasnya berbelang-belang

putih. Okapi jantan mempunyai sepasang tanduk

yang pendek dan berbulu.

UMUM 

Kembali ke atas