Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : teruna yg agak lanjut umurnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tua (adjektif)
1. Bersinonim dengan berumur: sudah lanjut usia, sudah baya, sudah berubah, sudah bongkok, berida, tua ganyut, tua leler, tua lontok, tua renta, tua nyanyuk, gae, gayu,
Berantonim dengan muda

2. Bersinonim dengan lama: kuno, ketinggalan zaman, purba, silam, usang, lusuh, lapuk, uzur, primitif, arkaik,
Berantonim dengan baru

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan malam, larut, jauh malam,

4. Dalam konteks buah
bersinonim dengan hampir masak, masak, ranum,
Berantonim dengan muda

5. Dalam konteks warna
bersinonim dengan gelap, pekat,
Berantonim dengan muda

6. Dalam konteks emas
bersinonim dengan baik, tulen, jati, murni,
Berantonim dengan lancung

Kata Terbitan : tua-tua,

Puisi
 

Kalau begini kelerai tombak,
     Biar saya kelerai biasa;
Kalau saya tidak berkehendak,
     Biar bujang sampai ke tua.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Uncang bukan sebarang uncang, Uncang kita banyak berduit; Bujang bukan sebarang bujang, Bujang tua ketiak hangit.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ikan gelama dimasak tumis, Mari dimakan berdua-dua; Kucing tertawa ayam menangis, Sebab bercinta si bujang tua.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Daripada udang elok belida, Kerana belida rasanya lemak; Daripada bujang eloklah tua, Kerana tua duitnya banyak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kerana kucing memakan nangka, Banyaklah musang tak dapat rezeki; Kerana bersaing dengan yang tua, Banyaklah bujang tak dapat bini.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sejak berkuah kuini pandak, Banyaklah udang berhati risau; Sejak orang tua berbini budak, Banyaklah bujang pergi merantau.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau begini kelerai tombak, Biar saya kelerai biasa; Kalau saya tidak berkehendak, Biar bujang sampai ke tua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau sekali sirihnya lampai, Biarlah pinang dibelah dua; Kalau sekali kasih tak sampai, Biarlah bujang sampai ke tua.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bagaimana kumbang tidakkan risau, Bunga di tanjung mati semua; Bagaimana bujang tidak merantau, Dara di kampung berlaki tua.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas