Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.saing] | برساءيڠ

Definisi : 1. = bersaing-saing berjalan (ber-gerak, dll) beriring-iring, berjalan dgn arah yg sama: kedua-duanya pergi berdiri ~ di hadapan sebuah cermin besar; 2. turut serta (dlm pe-kerjaan dll), bersama-sama: berhentilah se-bentar, aku hendak ~ berjalan; 3. berdam-pingan: segeralah ia berangkat ke balai peng-hadapan, setelah tiba naik duduk bersaing-saing dgn baginda; 4. sejajar, selari: tiap-tiap mata jahitan ~ serong tidak bertentangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.saing] | برساءيڠ

Definisi : berlumba-lumba hendak melebihi orang lain; atas-mengatasi: Perusahaan dlm negara hendak­ lah sanggup ~ dgn perusahaan luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.saing] | برساءيڠ

Definisi : 1 bergerak ke arah yg sama; berjalan bersama-sama: Mari kita ~ pergi ke ladang. 2 tidak berjauhan letaknya; berdampingan: Ketika menonton tadi, dia duduk ~ dgn saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saing2 (kata nama)
Bersinonim dengan banding, imbang, tanding, tolok, gandingan, tara padanan, lawan;,
1. Bersinonim dengan teman
( kawan, taulan, handai, sekutu, kenalan, rakan, saing, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif, konco, )
(kata nama:)
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan sama
( serta, bersekali, )
(adjektif:)
Berantonim dengan berasing

Kata Terbitan : bersaing, bersaingan, menyaingi, sesaing, bersaing, bersaingan, menyaingi, saingan, persaingan, pesaing,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
rampanau Kdterompah galah.Tiga peserta bersaing dalam ucara rampanau bagi kategori lelaki berusaha untuk memenangi acara itu yang dianjurkan sempena sambutan Pesta Kaamatan di Hongkod Koisaan di Panampang, pada Isnin.Daily Express (Harian Ekspres)Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
tendai Ibalat tenunan yang digunakan untuk menarik benang tenunan.Kumang, Lulong dan Bunga Eni serta Bunga Satangkai kemudian bersaing menenun pua kumbu. Mereka duduk serentak dan memulakan kerja dengan menggunakan alat-alat tendai dan belia.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
belia Ibalat untuk merapatkan benang dan diperbuat daripada banir kayu tapang, kayu mengeris atau kayu keras lain yang licin.Kumang, Lulong dan Bunga Eni serta Bunga Satangkai kemudian bersaing menenun pua kumbu. Mereka duduk serentak dan memulakan kerja dengan menggunakan alat-alat tendai dan belia.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas