Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ka.cauan] | ککاچاوان

Definisi : keadaan kacau, keadaan tidak teratur (tidak aman dsb), kejadian yg merosak­kan (mengganggu) ketenteraman, kerusuhan: melawat tempat berlakunya ~; kepelbagaian ejaan utk satu bahasa tentulah menimbulkan ~ sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ka.cauan] | ککاچاوان

Definisi : keadaan kacau; kerusuhan: Selepas itu, tidak ada lagi ~ yg berlaku di negara itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kacau
1. Bersinonim dengan kusut
( bercampur aduk, tunggang-langgang, bercelaru, tidak teratur, kalut, tidak tersusun, tidak tertib, )
(adjektif:)
Berantonim dengan kemas

2. Bersinonim dengan gaul
( karih, karau, aduk, baur, campur, kacuk, timbuk, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan gelisah
( bingung, buncah, rusuh hati, )
(adjektif:)
Berantonim dengan tenang

4. Bersinonim dengan huru-hara
( haru-biru, gempar, gawat, honar, rusuh, ribut, heboh, kecoh, tidak tenteram, tidak aman, )
(adjektif:)
Berantonim dengan tenteram

Kata Terbitan : berkacau, mengacau, mengacaukan, kekacauan, pengacau,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
internal disturbancekekacauan dalam negeriUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKekacauan yang berlaku dalam sesebuah negara. Kekacauan ini melibatkan gangguan kepada ketertiban domestik yang terhasil daripada tindakan ganas yang tidak mempunyai sebarang ciri konflik bersenjata. Contohnya, rusuhan oleh individu atau kumpulan tertentu yang menyatakan penentangan, ketidakpuashatian atau permintaan secara terbuka. Tindakan ganas selalunya berlaku secara terpencil atau sekali sekala. Kekacauan ini sering berlaku antara puak atau antara pembangkang dengan pemerintah dalam sesebuah negara.
civil disorderkekacauan awamSejarahTiadaKeadaan kekacauan dan huru-hara disebabkan pelanggaran peraturan yang ditetapkan oleh orang awam melalui tunjuk perasaan dan demonstrasi.
political offencekesalahan politikUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKesalahan yang dilakukan berkaitan dengan kekacauan politik atau sebahagian daripada kekacauan politik. Kesalahan politik biasanya menjadi pengecualian dalam penyerahan balik seseorang yang dikehendaki oleh negara lain. Lazimnya, pengecualian ini disebut dalam triti ekstradisi atau statut ekstradisi. Di Malaysia, seksyen 3(i) Akta Ekstradisi 1992 memperuntukkan bahawa seseorang penjenayah tidak boleh diserah balik ke negara asalnya atas sesuatu kesalahan politik. Contoh kesalahan politik ialah pengkhianatan, pengintipan dan hasutan.
turmoilkekacauanSejarahTiadaTiada
turbulence (atmospheric)kekacauan udaraGeografiTiadaTiada
mental derangementkekacauan mentalSosiologiTiadaTiada
civil disorderkekacauan awamSains PolitikTiadaTiada
civil commotionkekacauan awamUndang-undangTiadaKekecohan di kalangan penduduk sesebuah negara yang mungkin melibatkan pemberontakan, tunjuk perasaan dan rusuhan.
civil disorderkekacauan awamSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
social unrestkekacauan sosialSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
123

Kembali ke atas