Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tua.tua] | توا٢

Definisi : 1. tua (kepala, pemimpin, pembesar, penasihat, dll): siapa nama ~ mereka? 2. = tetua bintik-bintik hitam pd muka atau pipi; 3. sungguhpun sudah tua, tetapi...: ~ masih sihat; ~ keladi = ~ kelapa makin tua makin baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tua (adjektif)
1. Bersinonim dengan berumur: sudah lanjut usia, sudah baya, sudah berubah, sudah bongkok, berida, tua ganyut, tua leler, tua lontok, tua renta, tua nyanyuk, gae, gayu,
Berantonim dengan muda

2. Bersinonim dengan lama: kuno, ketinggalan zaman, purba, silam, usang, lusuh, lapuk, uzur, primitif, arkaik,
Berantonim dengan baru

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan malam, larut, jauh malam,

4. Dalam konteks buah
bersinonim dengan hampir masak, masak, ranum,
Berantonim dengan muda

5. Dalam konteks warna
bersinonim dengan gelap, pekat,
Berantonim dengan muda

6. Dalam konteks emas
bersinonim dengan baik, tulen, jati, murni,
Berantonim dengan lancung

Kata Terbitan : tua-tua,

Puisi
 

Dari cempedak baik nangka,
     Nangka panjang tangkainya;
Dari budak baik orang tua,
     Orang tua panjang akalnya.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Tua-tua kelapa,
     makin tua berminyak.

Bermaksud :

Meskipun tua, tetapi baik (lebih enak dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(75)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
senescenetuatuatuaPerubatan
old foresthutan tuahutan tuahutan tuaPerhutanan
sociology of gerontologysosiologi orang tuasosiologi orang tuasosiologi orang tuaSosiologi
abuse of the elderlypenderaan orang tuapenderaan orang tuapenderaan orang tuaPerubatan
aged soiltanah tuatanah berumurtanah tuaPertanian
senicidebunuh orang tuaTiadabunuh orang tuaSosiologi
age, old (river)tingkat tua (sungai)Tiadaperingkat tua (sungai)Geologi
old age benefitsjaminan hari tuaTiadafaedah masa tuaEkonomi
biological parentsibu bapa kandung/orang tua kandungibu bapa kandung/orang tua kandungibu bapa kandung/orang tua kandungSosiologi
senior citizen clubperkumpulan lansiakelab warga tuakelab warga tuaPerubatan
123

Kembali ke atas