komplot | rancangan atau pakatan sulit bertujuan melakukan kejahatan (jenayah, kekacauan, dsb): segala rancangan ~ yg hendak menimbulkan kekacauan itu telah diketahui polis; beliau mendakwa ada ~ yg berusaha menimbulkan permusuhan antara kita semua; berkomplot bermuafakat utk melakukan kejahatan (jenayah, kekacauan, dsb): kesemua yg ditangkap itu dituduh menjalankan gerakan haram dgn bermuafakat atau ~; pengkomplot orang yg berkomplot. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekacauan | keadaan kacau; kerusuhan: Selepas itu, tidak ada lagi ~ yg berlaku di negara itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kekacauan | keadaan kacau, keadaan tidak teratur (tidak aman dsb), kejadian yg merosakkan (mengganggu) ketenteraman, kerusuhan: melawat tempat berlakunya ~; kepelbagaian ejaan utk satu bahasa tentulah menimbulkan ~ sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekacauan | keadaan kacau; kerusuhan:Selepas tahun 1895, tidak ada lagi ~ yg berlaku di negara itu. | Kamus Pelajar |
komplotan | rancangan atau pakatan sulit bertujuan melakukan kejahatan (jenayah, kekacauan, dsb): segala rancangan ~ yg hendak menimbulkan kekacauan itu telah diketahui polis; beliau mendakwa ada ~ yg berusaha menimbulkan permusuhan antara kita semua; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komplot | , 1 = komplotan kumpulan orang yg bertujuan melakukan kejahatan; kumpulan sulit yg berniat jahat; kumpulan samseng. 2 rancangan atau pakatan sulit bertujuan melakukan kejahatan (jenayah, kekacauan dsb): Satu ~ yg hendak menimbulkan kekacauan telah diketahui polis. Beliau mendakwa ada ~ yg berusaha menimbulkan permusuhan antara kita semua. berkomplot bermuafakat utk melakukan kejahatan (jenayah, kekacauan, dsb): Kesemua yg ditangkap itu dituduh menjalankan gerakan haram dgn ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kalut | 1. tidak teratur, tidak aman (tenteram, tenang), kacau, kusut: kalau tidak ada pemerintah tentu negeri ~; hati Tajurim demikian ~; fikirannya ~; 2. bercakap yg bukan-bukan (spt orang yg sakit kuat dll), meracau, ngaco: kerana sakitnya berat, maka ia ~; mengalutkan menjadikan kalut: dia mula pening sendiri dlm kekacauan yg begitu ~; kekalutan kekacauan, kekusutan: ~ politik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keruwatan | kekacauan, kekalutan, kekusutan, kesulitan: di mana-mana, yg lama dgn yg baharu bertempur hebat, ~ yg tidak habis-habisnya timbul drpd pertempuran itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekalutan | kekacauan, kekusutan: ~ politik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pergolakan | kekacauan (kekalutan, kekeruhan) dlm lapangan politik dll, huru-hara, keadaan tidak tenteram: ~ politik akibat percubaan rampasan kuasa itu makin meruncing; ~ perjuangan merasmikan bahasa Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |