Tua-tua penyakit, muda ubat; sesudah tersepit baru tahu akan sifat. | Sesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tua-tua kelapa, makin tua berminyak. | Meskipun tua, tetapi baik (lebih enak dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tua-tua terung asam, makin tua selera makin tajam. | Orang tua yang kemuda-mudaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dulukan yang dulu merasa garam. | Mengutamakan orang tua-tua di dalam sesuatu pekerjaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tua-tua keladi, makin tua makin jadi. | Makin tua makin banyak pengalaman; orang tua yang kemuda-mudaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tua-tua telur ayam. | Hanya tua sedikit saja (biasa dipakai untuk merendahkan diri dalam percakapan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tua-tua tupai tak tidur atas tanah. | Orang tua yang senantiasa riang gembira hidupnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah. | Hendak berlagak seperti orang tua-tua. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri, b. Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri. | Hendak berlagak seperti orang tua-tua. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri). uri = tembuni. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri. | Hendak berlagak seperti orang tua-tua. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |