two-party system | sistem dua parti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem parti yang memiliki dua parti yang dominan bersaing dan bersilih ganti menguasai kerajaan. Walaupun begitu, terdapat juga parti-parti lain bersaing dalam negara ini tetapi biasanya hanya salah satu daripada dua parti yang dominan ini berkuasa. Contohnya, di United Kingdom hanya Parti Buruh dan Parti Konservatif yang silih berganti menguasai kerajaan walaupun dalam negara itu terdapat juga Parti Demokratik Sosial dan Parti Demokratik Liberal. |
duopoly | duapoli | Ekonomi | Tiada | Pasaran persaingan tak sempurna yang mengandungi dua pengeluar atau penjual bagi satu barangan yang bersaing untuk mendapatkan pelanggan melalui persaingan harga dan persaingan bukan harga. Untuk mengelakkan kerugian, pengeluar atau penjual mungkin berkongsi pasaran seperti membahagikan pasaran mengikut kawasan dan berjanji tidak bersaing dalam kawasan masing-masing. |
competitive antagonist | antagonis bersaing | Sains Kesihatan | Tiada | Antagonis farmakologi yang tindakannya boleh diatasi dengan penambahan dos agonis. |
noncompetetive antagonist | antagonis tak bersaing | Sains Kesihatan | Tiada | Antagonis farmakologi yang tindakannya bertindak pada tempat tindakan yang sama tetapi tidak dapat dibalikkan dengan penambahan dos agonis. |
competitive crop variety | varieti tanaman bersaing | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
coopetition | kerjasama pesaing | Perniagaan | Tiada | Amalan antara syarikat yang bersaing di pasaran dalam bekerjasama secara strategik seperti berkongsi sumber sedia ada untuk mengurangkan kos bagi mencapai hasil dan keuntungan bersama. |
counter culture | budaya saingan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Budaya yang bersaing dengan budaya lain yang menjadi ikutan majoriti masyarakat. Budaya ini dibentuk dan digerakkan oleh sekelompok minoriti ahli masyarakat yang cuba mempertahankan nilai tradisional dan tempatan yang terhakis akibat pengaruh nilai luar yang semakin menular ke dalam masyarakat tersebut. Kelompok yang menggerakkan budaya ini akan menggunakan pelbagai mekanisme untuk menyaingi budaya majoriti, antaranya melalui bahasa, organisasi, muzik, ideologi, penampilan dan juga tingkah laku sebagai langkah menyedarkan masyarakat. Contohnya, irama muzik etnik sebagai budaya saingan kepada irama muzik Barat yang digemari oleh remaja di negara ini. |
rally championship | kejohanan rali | Sukan | Tiada | Kejohanan perlumbaan sukan permotoran yang melibatkan pasukan bersaing dengan masa dan kelajuan yang telah ditetapkan melalui pelbagai jalan awam. |
opposition party | parti pembangkang | Sains Politik | Politik Perbandingan | Parti politik bukan kerajaan yang bergerak untuk bersaing dengan parti pemerintah, menyemak perjalanan pentadbiran kerajaan dan berusaha mendapatkan kuasa pemerintahan. Konsep parti pembangkang tidak sahaja terbatas kepada parti yang memiliki kerusi di dewan perwakilan tetapi juga parti pembangkang yang tidak memiliki sebarang kerusi perwakilan. Parti pembangkang juga boleh bergerak secara sendirian atau gabungan. Contohnya, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Rakyat Malaysia. |
atomistic economy, small economy | ekonomi kecil | Ekonomi | Tiada | 1.Ekonomi yang mengandungi rasmi pengeluar kecil yang bersaing dalam industri pengeluar yang terlalu kecil dan tidak dapat mempengaruhi harga pasaran. Pengeluar terpaksa menerima harga pasaran dan menyelaraskan keluaran mengikut harga tersebut. Ekonomi seperti ini menghampiri model persaingan sempurna. 2. Dalam perdagangan antarabangsa, istilah ini bermaksud sebuah negara yang tidak dapat mempengaruhi harga barang eksport dan import. |