Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ka.cauan] | ککاچاوان

Definisi : keadaan kacau, keadaan tidak teratur (tidak aman dsb), kejadian yg merosak­kan (mengganggu) ketenteraman, kerusuhan: melawat tempat berlakunya ~; kepelbagaian ejaan utk satu bahasa tentulah menimbulkan ~ sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ka.cauan] | ککاچاوان

Definisi : keadaan kacau; kerusuhan: Selepas itu, tidak ada lagi ~ yg berlaku di negara itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kacau
1. Bersinonim dengan kusut
( bercampur aduk, tunggang-langgang, bercelaru, tidak teratur, kalut, tidak tersusun, tidak tertib, )
(adjektif:)
Berantonim dengan kemas

2. Bersinonim dengan gaul
( karih, karau, aduk, baur, campur, kacuk, timbuk, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan gelisah
( bingung, buncah, rusuh hati, )
(adjektif:)
Berantonim dengan tenang

4. Bersinonim dengan huru-hara
( haru-biru, gempar, gawat, honar, rusuh, ribut, heboh, kecoh, tidak tenteram, tidak aman, )
(adjektif:)
Berantonim dengan tenteram

Kata Terbitan : berkacau, mengacau, mengacaukan, kekacauan, pengacau,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
social unrestkekacauan sosialSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan huru-hara yang berlaku dalam masyarakat apabila undang-undang dan peraturan tidak dihiraukan. Kekacauan ini berlaku dalam bentuk perarakan besar-besaran, pembakaran kedai, kenderaan dan rumah. Dalam keadaan ini, orang ramai keluar ke bandar atau tempat tertentu untuk menunjuk perasaan membantah sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan. Kekacauan boleh berlaku apabila tersebarnya khabar angin, keadaan ekonomi yang meruncing dan menyukarkan orang ramai, perbalahan etnik serta konflik politik. Contohnya, kemelesetan ekonomi dan kejatuhan nilai wang yang berlebihan di Indonesia pada tahun 1997- 1998 telah menyebabkan kekacauan sosial yang serius. Sinonim kegelisahan sosial.
civil disorderkekacauan awamSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan sosial yang tidak aman disebabkan oleh penentangan politik yang ditimbulkan oleh pihak tertentu dalam sesebuah negara ekoran daripada rasa tidak puas hati terhadap dasar atau keputusan yang diambil oleh kerajaan. Kebiasaannya kekacauan awam merupakan penentangan politik yang melibatkan kemusnahan harta benda dan gangguan masyarakat seperti pembakaran kenderaan, kedai, bangunan dan dalam keadaan tertentu melibatkan kehilangan nyawa. Dalam erti kata lain, kekacauan awam boleh dilihat sebagai satu bentuk bantahan politik yang bersifat di luar batasan perlembagaan. Contohnya, negara Albania pada tahun 1993 telah mengalami kekacauan awam akibat rusuhan rakyat apabila mengetahui kerajaan telah menggelapkan wang simpanan pekerja untuk kepentingan golongan elit yang memerintah.
social unrestkegelisahan sosialSains PolitikPolitik PerbandinganLihat kekacauan sosial.
security sectorsektor keselamatanKriminologiKeadilan JenayahOrganisasi atau pihak yang melindungi masyarakat daripada kekacauan, keganasan dan ancaman bahaya terhadap keselamatan.
security measureslangkah-langkah keselamatanKriminologiKeadilan JenayahTindakan atau mekanisme yang dilaksanakan oleh organisasi atau pihak yang melindungi masyarakat daripada kekacauan, keganasan dan ancaman bahaya terhadap keselamatan. Contohnya, rondaan polis atau rukun tetangga di kawasan kejiranan.
political orderaturan politikSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan perjalanan politik yang diterima masyarakat atau yang sewajarnya. Keadaan ini bersifat aman, menurut adat, budaya dan perlembagaan. Dalam aturan politik yang normal tidak berlaku kekacauan, rusuhan, pemberontakan atau kacau-bilau. Orang ramai menghormati pemimpin dan autoriti manakala Orang ramai menghormati pemimpin dan autoriti manakala sesiapa yang melanggarnya akan dikenakan tindakan. Tindakan seperti berkempen, melancarkan piket, demonstrasi secara aman dan perarakan yang menurut undang-undang adalah masih dalam aturan politik demokrasi dan diterima.

Kembali ke atas