Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyai.ngi] | مڽاءيڠي

Definisi : menandingi, melawan (atas-mengatasi dll): spt anak dagang yg serba miskin cuba-cuba ~ orang terkenal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyai.ngi] | مڽاءيڠي

Definisi : 1. mengiringi, menemani: kami sampai di lorong lain, ramai orang yg ~ kami; 2. mengikuti, menyertai: perubahan drpd pepejal kpd cecair dan gas disaingi oleh kesan-kesan haba yg penting. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyai.ngi] | مڽاءيڠي

Definisi : melawan utk mengatasi atau utk melebihi: Barang-barang buatan tempatan sudah dpt ~ barang-barang yg diimport. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nyai.ngi] | مڽاءيڠي

Definisi : mengikut serta; mengiringi: Ketika sam­pai di simpang itu, banyak orang yg ~ kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saing2 (kata nama)
Bersinonim dengan banding, imbang, tanding, tolok, gandingan, tara padanan, lawan;,
1. Bersinonim dengan teman
( kawan, taulan, handai, sekutu, kenalan, rakan, saing, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif, konco, )
(kata nama:)
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan sama
( serta, bersekali, )
(adjektif:)
Berantonim dengan berasing

Kata Terbitan : bersaing, bersaingan, menyaingi, sesaing, bersaing, bersaingan, menyaingi, saingan, persaingan, pesaing,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Central leaderBatang utamaPertanianAgronomi

Batang yang besar dan tumbuh tegak untuk menjadi paksi pokok dari mana cabang-cabang dikeluarkan dari pangkal ke pucuk. Dalam pemangkasan pokok seperti pokok koko atau getah, adalah penting untuk dibuang semua cabang yang tumbuh tegak yang boleh menyaingi batang utama. Tujuannya ialah untuk membentuk pokok yang seimbang dan mempunyai hanya satu batang utama

air resistancerintangan udara/tahanan udaraKejuruteraanKejuruteraan Mekanik1. Fenomena seretan angin yang menghasilkan daya hakis dan kesan haus pada bangunan atau struktur lain disebabkan aliran laluan angin pada bangunan tersebut. Bangunan berupa kotak mempunyai seretan angin yang tinggi berbanding bangunan berbentuk silinder. Ujian seretan angin pada bangunan boleh dilakukan dengan menggunakan model berskala dalam terowong angin. Fenomena ini berguna untuk jurutera awam mereka bentuk bangunan yang boleh menyaingi rintangan angin. 2. Seretan angin yang merintang dan mengurangkan kelajuan pergerakan objek. Objek berbentuk kiub mempunyai seretan angin yang tinggi berbanding dengan objek berbentuk aerofoil. Ujian seretan boleh dilakukan kepada model berskala dalam terowong angin. Pemahaman seretan angin boleh membantu jurutera mekanikal mereka bentuk kenderaan dan kapal terbang yang efisien.
creative conceptkonsep kreatifKomunikasiKorporatIdea yang menjadi asas sesuatu penerbitan dan persembahan. Dalam kedua-dua bidang tersebut, konsep ini bukan sahaja berkaitan dengan kandungan tetapi juga proses yang dianggap strategik sehingga memerlukan petugas khusus untuk menguruskan aspek aplikasi kreativiti. Contohnya,dalam bidang pengiklanan, kehebatan sesuatu penerbitan iklan bergantung pada dua perkara utama. Pertama, idea asal yang kreatif serta berbeza daripada yang pernah dihasilkan melalui iklan sebelumnya. Kedua, kemampuan petugas kreatif menginterpretasi idea asal untuk menghasilkan iklan yang kreatif. Oleh sebab terdapatnya penghasilan dan persaingan iklan yang banyak dalam kalangan agensi pengiklanan, maka sesebuah agensi pengiklanan itu perlu berusaha menghasilkan konsep pengiklanan yang kreatif supaya dapat menyaingi kehebatan iklan lain. Sesuatu konsep yang kreatif bukan sahaja boleh membantu meningkatkan prestasi perniagaan pelanggan, tetapi juga berjaya menonjolkan imej positif syarikat atau organisasi dalam kalangan khalayak.

Kembali ke atas