Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tua.tua] | توا٢

Definisi : 1. tua (kepala, pemimpin, pembesar, penasihat, dll): siapa nama ~ mereka? 2. = tetua bintik-bintik hitam pd muka atau pipi; 3. sungguhpun sudah tua, tetapi...: ~ masih sihat; ~ keladi = ~ kelapa makin tua makin baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tua (adjektif)
1. Bersinonim dengan berumur: sudah lanjut usia, sudah baya, sudah berubah, sudah bongkok, berida, tua ganyut, tua leler, tua lontok, tua renta, tua nyanyuk, gae, gayu,
Berantonim dengan muda

2. Bersinonim dengan lama: kuno, ketinggalan zaman, purba, silam, usang, lusuh, lapuk, uzur, primitif, arkaik,
Berantonim dengan baru

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan malam, larut, jauh malam,

4. Dalam konteks buah
bersinonim dengan hampir masak, masak, ranum,
Berantonim dengan muda

5. Dalam konteks warna
bersinonim dengan gelap, pekat,
Berantonim dengan muda

6. Dalam konteks emas
bersinonim dengan baik, tulen, jati, murni,
Berantonim dengan lancung

Kata Terbitan : tua-tua,

Puisi
 

Dari cempedak baik nangka,
     Nangka panjang tangkainya;
Dari budak baik orang tua,
     Orang tua panjang akalnya.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Tua-tua kelapa,
     makin tua berminyak.

Bermaksud :

Meskipun tua, tetapi baik (lebih enak dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(75)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
oldest-oldtua-tuaGerontologiTiadaIndividu yang berumur 85 tahun dan ke atas.
parent support rationisbah sokongan ibu bapaGerontologiTiadaNisbah anggaran kebolehdapatan sokongan anak terhadap ibu bapa berdasarkan jumlah ahli keluarga tua-muda berbanding dengan ahli keluarga tua-tua.
old ageperingkat tua; usia tua , umur tuaGeologiTiadaTiada
meranti merah tuameranti merah tuaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu merah tua yang ringan, dalam genus Shorea daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk nemesu, seraya, dan berbagai-bagai nama meranti; di Sabah ialah ubah suluk, dan berbagai-bagai nama seraya; dan di Sarawak pula disebut dengan berbagai-bagai nama meranti. Spesies utamanya termasuk Shorea curtisii, S. ovata, S. pauciflora, dan S. platyclados. Gubal kayu meranti jenis ini berwarna merah jambu dan tidak banyak berbeza daripada teras kayunya yang berwarna merah tua atau merah coklat. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata, dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 560 hingga 865 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu jenis ini mudah dikerjakan dan dikeringkan tetapi tidak tahan. Kayu meranti merah tua merupakan kayu Malaysia yang paling terkenal, dan sesuai untuk pelbagai kegunaan, seperti perabot kemasan dalaman yang bermutu tinggi, lantai dan dinding, pintu dan tingkap, akyu kum
old ageperingkat tua; umur tuaGeografiTiadaTiada
old ageperingkat tua;masa tuaPsikologiTiadaTiada
Keris Ulu Kakak TuaKeris Ulu Kakak TuaKerisTiadaKeris yang mempunyai hulu yang berbentuk seperti kepala burung kakak tua.
foolperanKesusasteraanTiadaPelawak atau pemain sandiwara. Watak pelawak digambarkan berkhidmat sebagai teman, pelindung, dan penasihat kepada raja serta putera raja. Dalam makyung, terdapat dua jenis peran, iaitu Peran Muda dan Peran Tua. Peran Tua diberi penghormatan yang setara dengan Semar, iaitu watak lelucon dalam teater tradisional Jawa yang mempunyai kesaktian dan kepintaran. Dengan kelebihan tersebut, Peran Tua menggunakan mantera untuk menguasai alam ghaib bagi melindungi rajanya.
burgundymerah tuaKesenianTiadaMerah tua: Warna merah kekundangan.
paris bluebiru Paris/biru tua/biru BerlinKesenianTiadaWarna biru tua kemerahan.
12345678910...

Kembali ke atas